nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

9 kluster baharu tempat kerja, komuniti, pusat tahanan

18 MAC: Sebuah pusat pendidikan di Sipitang, Sabah, menjadi pencetus Kluster Melamam, iaitu salah satu daripada sembilan kluster baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini termasuk lima membabitkan tempat kerja, tiga komuniti dan satu pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Melaman adalah kluster tempat kerja di daerah Sipitang, Sabah.

Beliau berkata kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323017) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan sebelum masuk wad.

“Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Melamam, Sipitang. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 164 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan sembilan kluster baharu berkenaan jumlah kluster COVID-19 di Malaysia kini 1,276 kluster termasuk 848 kluster sudah tamat dan 428 masih aktif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Beliau berkata ini termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina Jalan Valdor.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu adalah 66 kluster dengan dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Jalan Wawasan Sembilan (47 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes),” katanya – Oleh HAIKA KHAZI

Senarai 9 Kluster baharu hari ini:

KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SUNSURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Sunsuria, Sepang. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 410 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN WAWASAN SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 9, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 568 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MELAMAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sipitang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323017) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan sebelum masuk wad. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Melamam, Sipitang. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 164 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN ASUHAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-325907) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Asuhan, Parit Buntar, Kerian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUNGAI ATAP

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311661) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Sungai Atap, Bintangor, Meradong. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 148 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG PADANG TEMBAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-314256) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2021 hasil saringan sebelum merentas negeri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Padang Tembak, Keningau. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BUNGA TANJUNG BENDAHARA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324886) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DEPOT IMIGRESEN SEMUJA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar di Depot Imigresen Semuja, Serian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 584  individu telah disaring, di mana 99 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.