nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Sekolah Henry Gurney Dilanjutkan Hingga 2 April

18 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang dijadualkan tamat esok akan lanjutkan dua minggu lagi.

Menteri Kanan Pertanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melaksanakan 602 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 27 kes positif COVID-19 direkodkan.

“KKM mengesahkan masih berlaku peningkatan kes dalam kalangan penghuni sekolah terbabit dan terdapat baki 171 sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan,” katanya menerusi sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Susulan itu, katanya atas nasihat KKM kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di lokaliti terbabit bermula 20 Mac sehingga 2 April ini.

Sementara itu, kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPD di Kilang YTY dan Asrama Pekerja, Lekir, Setiawan, Perak bermula esok.

Menurut beliau, sehingga 14 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 162 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 60 kes positif telah direkodkan.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kilang YTY dan Asrama Pekerja bermula 19 Mac 2021 hingga 1 April 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 3,820 warga asing di negara ini menjalani ujian saringan semalam dengan 106 individu disahkan positif COVID-19.

Menurut beliau, sehingga semalam, seramai 630, 830 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19 yang membabitkan 32,218 majikan di seluruh negara.

“Daripada jumlah ini, seramai 9,913 telah disahkan positif COVID-19 manakala 620,917 lagi adalah negatif. Sehingga kini juga, sebanyak 1,533 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini,” katanya.

Menerusi sidang media sama, Ismail Sabri turut memaklumkan, sejak 24 Julai tahun lalu sehingga semalam, seramai 147, 578 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 76 hotel dan 12 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Semalam, seramai 738 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Seramai 1,068 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 139,593 individu dibenarkan pulang, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.