nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kakitangan, keluarga tinggalkan bangunan kedutaaan Korea Utara

KUALA LUMPUR: Kakitangan Kedutaan Korea Utara dan keluarga mereka dipercayai telah meninggalkan bangunan kedutaan itu di Jalan Batai, Damansara, Kuala Lumpur menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi tadi.

Mereka dipercayai menuju ke KLIA menaiki sebuah bas persiaran yang didapati bergerak keluar dari pejabat itu bangunan itu kira-kira jam 11 pagi sambil disertai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik kedutaan.

Difahamkan, kesemua pegawai dan kakitangan di kedutaan itu dijadualkan menaiki penerbangan di KLIA petang ini, sebelum transit di Beijing, China seterusnya meneruskan perjalanan ke Korea Utara.

Kedutaan itu dikatakan, mempunyai kira-kira 20 pegawai dan kakitangan serta tanggungan.

Kesemua mereka juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19, semalam bagi membolehkan mereka meninggalkan negara ini dengan menaiki penerbangan itu.

Bendera Korea Utara di kedutaan berkenaan juga didapati sudah pun diturunkan manakala papan tanda kedutaan turut ditanggalkan dari pintu masuk kedutaan.

Jumaat lalu, kerajaan mengarahkan semua kakitangan diplomatik kedutaan Korea Utara dan ahli keluarga mereka di Kuala Lumpur supaya meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan, memaklumkan tindakan itu susulan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, berikutan seorang rakyatnya yang menetap di negara ini, Mun Chol Myong diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan itu, Malaysia berhak melindungi hak dan kedaulatannya sebagai tindak balas terhadap keputusan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatiknya dengan negara ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.