nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Persepsi negatif terhadap pemimpin UMNO perlu diperbaiki

21 MAC: Persepsi rakyat terhadap UMNO terutamanya mengenai pemimpinnya perlu diperbaiki dalam meraih kembali kepercayaan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid walaupun rakyat mengetahui rekod prestasi UMNO ketika mentadbir dan membangunkan negara, namun kebanyakan mereka masih mempunyai isu kepercayaan dalam memberikan sokongan kepada parti itu.

Menurutnya, pendulum politik juga dilihat kembali berayun ke arah UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas ditolak majoriti rakyat dalam PRU14.

“Saya tidak nampak PRU-15 ini rakyat akan menolak UMNO tetapi kita nak lihat sekuat mana ayunan pendulum itu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita (UMNO) kena dilihat bahawa pemimpin-pemimpin yang ada ini menginsafi apa yang telah berlaku pada PRU14,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perdebatan dalam kalangan ahli UMNO mengenai pemimpin terpalit kes mahkamah yang boleh membantutkan usaha membina semula UMNO, Mahdzir memberitahu perkara itu perlu ditangani dengan rasional dan bijaksana bagi mengelak perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, UMNO telah melalui pelbagai krisis sepanjang hampir 75 tahun penubuhannya termasuk pengharaman parti itu pada 1988, penubuhan parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 dan pemecatan Timbalan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemudiannya membentuk PKR.

“Ahli dan pimpinan parti perlu kembali kepada asas perjuangan dalam memelihara kepentingan negara bangsa serta bermuafakat dalam mengharungi krisis semasa,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap memberitahu Perhimpunan Agung UMNO pada 27 dan 28 Mac ini akan menjadi medan bagi ahli dan pimpinan parti itu bersolidariti dalam menetapkan hala tuju parti bagi persiapan menghadapi PRU15 termasuk berhubung kerjasama dengan parti PAS dan Bersatu.

Beliau turut berkata UMNO juga perlu mengemukakan ‘tawaran baharu’ kepada rakyat yang mendambakan perubahan seiring keperluan masa kini.

“Sebagai contoh, usaha digitalisasi negara menjadi agenda penting untuk dilaksana secara menyeluruh kerana capaian Internet berkualiti merupakan keperluan bagi rakyat masa kini.

“Kita kena meyakinkan (rakyat), UMNO boleh buat apa yang mereka nak dan ada tawaran baharu untuk rakyat,” katanya.

Terdahulu, parti itu menemui momentum dengan memenangi tujuh daripada 12 Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU14, dengan empat PRK terawal dimenangi PH sebelum BN mendapat rentak kemenangan bermula di PRK kelima di Cameron Highlands pada Januari 2019.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.