nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perlu tanggung akibat – Kaunselor Korea Utara

21 MAC: Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakannya yang mengekstradisi warganegara Korea Utara kepada Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song berkata, Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan itu apabila mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

“Pihak berkuasa Malaysia perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan akan menanggung semua akibat terjejasnya hubungan dua negara ini,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Bukit Damansara hari ini.

Terdahulu, kakitangan Kedutaan Korea Utara dan keluarga mereka dipercayai telah meninggalkan bangunan kedutaan itu di Jalan Batai, Damansara, Kuala Lumpur menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi tadi.

Mereka dipercayai menuju ke KLIA menaiki sebuah bas persiaran yang didapati bergerak keluar dari pejabat itu bangunan itu kira-kira jam 11 pagi sambil disertai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik kedutaan.

Difahamkan, kesemua pegawai dan kakitangan di kedutaan itu dijadualkan menaiki penerbangan di KLIA petang ini, sebelum transit di Beijing, China seterusnya meneruskan perjalanan ke Korea Utara.

Kedutaan itu difahamkan mempunyai kira-kira 20 pegawai dan kakitangan serta tanggungan.

Kesemua mereka juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19, semalam bagi membolehkan mereka meninggalkan negara ini dengan menaiki penerbangan itu.

Bendera Korea Utara di kedutaan berkenaan juga didapati sudah pun diturunkan manakala papan tanda kedutaan turut ditanggalkan dari pintu masuk kedutaan.

Pada Jumaat lalu, kerajaan mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan ahli keluarga meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil selepas Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, ekoran seorang rakyatnya yang menetap di negara ini, Mun Chol Myong diekstradisi ke ASt untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Chol Myung ditahan pihak berkuasa Malaysia pada 14 Mei 2019 susulan waran tangkap mengikut Seksyen 13 (1) (b) Akta Ekstradisi 1992 susulan dakwaan konspirasi penggubahan wang haram serta melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Disember 2019. Permohonan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi pada 29 Disember tahun sama dan rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 8 Oktober tahun lalu ditolak selepas mahkamah mendapati permohonan dan rayuannya tidak berasas di bawah Akta Ekstradisi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.