nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia Singapura halusi penarafan sijil vaksinasi COVID-19

23 MAC: Kerajaan Malaysia dan Singapura saling menegaskan komitmen untuk mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 antara satu sama lain, dengan tujuan untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa akan datang.

Ini merupakan antara yang dipersetujui kedua-dua negara, selepas mesyuarat tertutup di antara Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Putrajaya, hari ini.

“Butiran operasi Pengiktirafan Timbal Balik Sijil Vaksinasi antara Malaysia dan Singapura, termasuk syarat-syarat terperinci, protokol kesihatan, dan proses permohonan yang diperlukan untuk keluar masuk ke Malaysia dan Singapura akan dibincangkan dan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak.

“Kedua-dua menteri mengadakan perbincangan yang membina mengenai program vaksinasi di negara masing-masing dan bagaimana ia akan memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara kelak,” menurut kenyataan bersama kedua-dua negara, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, kedua-dua negara turut menegaskan lagi komitmen untuk meneruskan program vaksinasi COVID-19 bagi memastikan para penduduk jangka panjang divaksin, termasuk warga Malaysia yang tinggal di Singapura dan juga rakyat Singapura yang menetap di Malaysia.

“Malaysia dan Singapura akan kekal komited untuk memulihkan secara berperingkat perjalanan rentas sempadan bagi kumpulan-kumpulan pelawat lain, selain laluan hijau timbal balik dan aturan perjalanan berkala.

“Malaysia dan Singapura juga akan saling memantau keadaan COVID-19 di kedua-dua negara dan memastikan “kesihatan awam dan keselamatan penduduk di kedua-dua negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Kedua-dua menteri turut berbincang untuk mengadakan Retreat Pemimpin ke-10, dengan Singapura menjadi tuan rumah bagi pertemuan tahun ini dan kedua-dua negara juga bersetuju untuk menyambung semula hubungan dua hala secara bertemu muka.

Menurut kenyataan bersama itu lagi, kedua-dua negara berharap dapat mengukuhkan kerjasama untuk memulihkan ekonomi daripada kesan pandemik global. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.