nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor larang penganut Kristian guna kalimah Allah

23 MAC: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah penggunaan kalimah Allah dalam sebarang percetakan dan penulisan agama Kristian di Selangor adalah dilarang sama sekali.

Larangan itu, termasuk terjemahan bahasa Melayu kitab Bible, percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Baginda bertitah demikian, merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes Jill Ireland binti Lawrence Bill melawan Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

“Selepas membaca penghakiman penuh  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 17 Mac 2021 di dalam kes berkenaan, beta mengulangi pendirian beta bahawa kalimah Allah adalah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

“Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bagaimanapun bertitah, jika penggunaan perkataan ‘Tuhan’ dipratikkan sebagai terjemahan kepada perkataan ‘God’, baginda tiada halangan mengenainya.

Titah baginda, penegasan itu selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014 dan fatwa diwartakan di Selangor pada 18 Februari 2010 yang menyatakan, kalimah Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan tuhan bagi agama bukan Islam.

Baginda menegaskan adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk menyekat penggunaan kalimah Allah jika terdapat unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaannya, selain menjaga kesucian kalimah itu pada setiap masa dan apa jua keadaan sekalipun.

“Beta menitahkan agar rakyat Beta yang bukan beragama Islam di Selangor sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah, sepertimana diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) yang telah diwartakan pada 7 Julai 1988.

“Ini termasuk larangan penggunaan beberapa perkataan lain yang termaktub di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam bagi tujuan komersial dan menamakan tempat-tempat perniagaan atau bangunan,” titahnya.

Tegas Sultan Sharafuddin, sebagai Ketua Agama Islam Selangor, baginda tetap akan mempertahankan kesucian kalimah Allah kerana itu menjadi tuntutan agama dan tanggungjawabnya.

“Apa gunanya Beta menjadi ketua Agama Islam Selangor jika Beta gagal untuk menjamin kemuliaan kalimah Allah dan kesucian Islam daripada dicemari pihak yang mempunyai agenda tersendiri,” titahnya.

Baginda bertitah, rakyat di Selangor sentiasa ditekankan supaya menghormati kepercayaan agama dan tidak cuba menyentuh sensitiviti agama masing-masing yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negeri berkenaan.

Sultan Sharafuddin menegaskan, jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka, maka baginda menyeru penganut agama lain untuk menghormati umat Islam, terutama dalam penggunaan kalimah Allah.

Dalam pada itu, baginda menyokong penuh titah dizahirkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang meminta kerajaan Persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan.

“Beta juga menitahkan agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memohon kepada mahkamah sebagai pihak pencelah dalam rayuan tersebut.

“Malah beta menyeru perkara yang sama dilaksanakan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) lain bagi memelihara kemuliaan kalimah Allah dan kesucian Islam,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.