nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siasatan Bebas Insiden Lebuhraya SUKE Perlu Ditubuh

24 MAC: Satu siasatan bebas yang terdiri daripada kalangan pakar dan golongan profesional perlu ditubuhkan agar siasatan terperinci melibatkan kejadian di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dapat dilakukan.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Muzaffar Syah Mallow berkata penubuhan siasatan bebas ini penting bagi semua pihak mengenalpasti punca sebenar berlakunya insiden-insiden kemalangan di kawasan lebuh raya tersebut di samping kawasan sekitar dengannya.

Bagi mengelakkan kejadian yang sama dari terus berulang, beliau menegaskan adalah amat wajar dan menjadi kepentingan bagi pihak kerajaan mempertimbangkan dengan serius bagi mewujudkan sebuah siasatan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dan golongan profesional yang bebas.

MUZAFFAR

“Insiden kemalangan yang berlaku di lebuh raya ini bukan jarang-jarang berlaku. Perlu diketahui aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu diberi keutamaan oleh semua pihak sama ada majikan mahu pun pekerja.

“Semua tempat kerja perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan melalui Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan semenjak tahun 1994 yang lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kelmarin, tiga lelaki warga China yang merupakan pekerja projek pembinaan lebuhraya tersebut maut manakala seorang rakyat tempatan cedera parah selepas komponen kren terjatuh di tapak pembinaan SUKE di Jalan Alam Damai, Cheras.

Pada 3 Mac yang lalu, dua orang maut, manakala tiga lagi cedera apabila struktur jambatan Lebuhraya SUKE berhampiran Desa Tun Razak menghala Ampang runtuh, setelah sebuah treler merempuh perancah besi lebuh raya itu.

September tahun lalu juga menyaksikan seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandu ditimpa batu konkrit daripada struktur pembinaan Lebuhraya SUKE yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Dalam pada itu, Muzaffar Syah berkata, selain dilihat keberkesanan proses siasatan oleh golongan profesional, ia juga dapat memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap proses siasatan yang bakal dijalankan nanti.

“Selain itu siasatan tersebut bagi menjamin ketulusan serta mengelakkan berlakunya sebarang konflik berkepentingan yang boleh menganggu-gugat proses siasatan kelak.

“Isu yang melibatkan tragedi kemalangan yang berlaku di kawasan tapak pembinaan dalam negara kita bukan satu isu yang jarang kita dengari. Hampir setiap tahun kita akan didedahkan dengan isu yang sama.

“Oleh itu, isu yang melibatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai khususnya pihak pekerja serta orang ramai yang lalu lalang berhampiran kawasan tapak pembinaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Muzaffar Syah memberitahu kemalangan yang berterusan berlaku dikawasan tapak pembinaan di Malaysia membuktikan berkemungkinan masih terdapat kekurangan dan kelemahan dalam sistem keselamatan pekerjaan di dalam negara ini.

“Kegagalan pihak majikan untuk mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 [Akta 514] ini boleh menyebabkan majikan yang terlibat dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau 2 tahun penjara ataupun kedua-duanya sekali seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 19 Akta 514.

“Lantaran itu, ia hendaklah diberikan perhatian lebih serius dan sewajarnya bagi mengelak perkara-perkara tidak diingini daripada berlaku. Pada masa yang sama, pemeriksaan secara berterusan dan konsisten perlu juga dilakukan oleh pihak penguatkuasa di semua kawasan tapak pembinaan supaya tiada pihak yang mengambil mudah isu yang melibatkan aspek keselamatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.