nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan prihatian, komited dalam meningkatkan keupayaan PDRM – PM

25 MAC: Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pegawai dan anggota serta pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komited dalam meningkatkan keupayaan PDRM dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara, demikian tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Muhyiddin, keprihatinan kerajaan terhadap anggota keselamatan dengan pelaksanaan memanjangkan imbuhan kewangan RM500 kepada semua penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), tidak kira sama ada kepada penerima pingat yang sedang bertugas atau sudah bersara daripada perkhidmatan, pada tahun ini.

Katanya lagi, pemberian imbuhan tersebut memberi manfaat kepada lebih 80,000 penerima PJPN, termasuk 40,000 penerima pingat yang sudah bersara daripada perkhidmatan.

“Selain itu, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah daripada penjenayah ataupun orang yang tidak bertanggungjawab, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan atau body-worn camera bagi kegunaan anggota PDRM.

“Dengan penggunaan kamera badan berteknologi tinggi dan canggih, saya percaya moral dan keyakinan anggota PDRM dapat dipertingkatkan semasa melakukan operasi dan penugasan yang telah ditetapkan,” katanya dalam amanat sempena perbarisan peringatan Hari Polis ke-214 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata semua itu secara tuntasnya, kerajaan juga amat prihatin terhadap keperluan pasukan polis untuk meningkatkan keupayaannya.

Kata Perdana Menteri lagi, biarpun ia melibatkan kos tambahan kepada kerajaan, namun kerajaan akan tetap menimbangkan sekiranya wujud keperluan peruntukan bagi memperlengkapkan pasukan polis.

“Dalam konteks menjaga keamanan negara, bebanan ini tidak sepatutnya diletakkan atas bahu pasukan keselamatan seperti PDRM semata-mata.

“Menyedari betapa besarnya agenda memerangi dan membanteras jenayah ini, maka saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dan bekerjasama dengan PDRM bagi membanteras apa juga usaha dan tindakan anasir-anasir yang cuba menggugat kedaulatan negara dan ketenteraman rakyat,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menegaskan PDRM harus memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai perundangan negara.

Muhyiddin berkata, penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan yang dianjurkan di dalam negara serta di peringkat antarabangsa perlu dipertingkatkan sekali gus memperoleh pendedahan dan perkongsian yang lebih global.

“Bagi membina pasukan penguatkuasaan undang-undang yang kukuh dan utuh, penerapan nilai disiplin dan integriti perlu dititikberatkan dalam pembinaan sahsiah anggota PDRM.

“Selain itu, untuk meningkat prestasi pasukan, semua anggota PDRM harus mempunyai sifat ‘sense of belonging’ kepada pasukan dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada amanah yang digalas,” katanya.

Muhyiddin berkata, dari segi kolaborasi dan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa yang dijalinkan selama ini, meletakkan PDRM sebaris dengan pasukan keselamatan dari negara luar seperti Scotland Yard, Royal Military Police United Kingdom dan Hong Kong Police Force.  – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.