nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu Korea Utara: Polis Sabah sentiasa bersiap siaga

25 MAC: Polis Sabah sentiasa bersiap sedia memantau sebarang perkembangan berhubung aspek keselamatan setempat, susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song mengenai kesan perlu ditanggung akibat hubungan diplomatik kedua-dua negara dihentikan, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata setakat ini tiada sebarang insiden atau gangguan dan polis tetap bersiap siaga sepanjang masa.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain di negeri itu dalam usaha memastikan keadaan keselamatan masyarakat terjamin.

“Kerjasama ini termasuk perkongsian maklumat dari semasa ke semasa berkaitan keselamatan ataupun kemungkinan berlaku sebarang ancaman susulan perkembangan terbabit.

“Bagaimanapun, setakat ini keadaan keselamatan berada di tahap terbaik dan kita meneruskan rutin serta tugasan harian menjaga keselamatan di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad IPK, Kota Kinabalu, hari ini bagi mengulas saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung kenyataan terkini Korea Utara.

Korea Utara pada 19 Mac lalu, memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di negara ini, Mun Chol Myong, diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi pertuduhan kes pengubahan wang haram.

Susulan keputusan itu, Malaysia mengarahkan semua kakitangan diplomatik dan ahli keluarga mereka di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam mulai tarikh sama.

Menurut satu kenyataan kementerian luar Korea Utara seperti disiarkan agensi beritanya KCNA, Malaysia dianggap sudah melakukan ‘jenayah tidak boleh dimaafkan’ dan menghantar rakyatnya yang tidak bersalah ke AS secara paksaan.

Yu-Song sebelum berlepas pulang ke negara itu berkata, pihak berkuasa Malaysia perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan akan menanggung semua akibat daripada tindakan terbabit, sehingga terjejasnya hubungan dua hala.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.