nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Joe Biden kecam tindakan keterlaluan di Myanmar

29 MAC: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam, mengecam insiden pertumpahan darah terhadap penunjuk perasaan antirampasan kuasa di Myanmar dengan menyifatkannya sebagai ‘benar-benar keterlaluan’.

Kecaman itu susulan pasukan keselamatan membunuh lebih 100 orang, termasuk tujuh kanak-kanak.

Myanmar berdepan kekacauan sejak tentera menggulingkan dan menahan pemimpin dipilih rakyat, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu yang kemudian mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran menuntut pengembalian demokrasi.

Kelmarin, sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh di seluruh Myanmar ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan secara terbuka ke atas penunjuk perasaan.

“Kejadian ini sungguh mengerikan dan benar-benar keterlaluan, malah berdasarkan laporan saya terima, ramai sekali orang terbunuh yang tidak sepatutnya berlaku,” kata Biden kepada pemberita dalam ucapan ringkas di negeri asalnya, Delaware.

Pembunuhan kelmarin berlaku selepas junta mengadakan pertunjukan kekuatan secara besar-besaran sempena Hari Angkatan Tentera tahunan.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, berkata keganasan yang membawa maut itu sebagai ‘tidak boleh diterima’.

“Jauh daripada meraikan, tentera Myanmar menjadikan semalam sebagai hari menakutkan dan memalukan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kecaman itu dibuat selepas Menteri Pertahanan dari 12 negara termasuk AS, Britain, Jepun dan Australia bersepakat mengutuk rejim junta kerana menggunakan tekanan yang membawa maut terhadap orang awam.

Menerusi satu kenyataan bersama mereka, tentera profesional disifatkan perlu mematuhi piawaian antarabangsa.

“Seorang tentera profesional mesti berkelakuan dan bertanggungjawab untuk melindungi dan tidak membahayakan orang awam yang sepatutnya mereka berkhidmat.

“Kami mendesak Angkatan Tentera Myanmar supaya menghentikan kekerasan, selain berusaha mengembalikan rasa hormat dan kewibawaan terhadap rakyat Myanmar yang sudah hilang melalui tindakannya,” kata kenyataan bersama itu.

Kumpulan pemantau tempatan memaklumkan, jumlah kematian akibat kekejaman sejak rampasan kuasa itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 423 orang.

Upacara pengebumian diadakan semalam untuk beberapa mangsa, selepas hari paling berdarah sejak pemberontakan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.