nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2,525 individu dikompaun langgar SOP sejak 11 Mac lalu

2 APRIL: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, mengesahkan seramai 2,525 individu dikompaun kerana melakukan pelbagai kesalahan melanggar SOP mengikut Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 yang dikuatkuasakan mulai 11 Mac lalu.

Dr Adham berkata daripada jumlah itu 156 kompaun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), manakala bakinya 2,363 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata daripada jumlah itu 205 individu atau 8.12 peratus sudah menjelaskan kompaun dikeluarkan KKM dan PDRM manakala selebihnya belum berbuat demikian.

Justeru itu, Dr Adham berkata KKM sudah menetapkan beberapa lokasi untuk orang ramai membayar kompaun termasuklah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh negara; menerusi Pejabat Pengarah dan Timbalan Pengarah Kesihatan negeri.

“Apa yang penting seperti dimaklumkan sebelum ini jika mereka yang membayar kompaun dalam tempoh tujuh hari maka peluang untuk diberikan potongan 50 peratus dari nilai keseluruhan kompaun tinggi, manakala lapan hingga 14 hari akan mendapat potongan sehingga 25 peratus daripada nilai kompaun.

“Bagi pelajar sekolah dan orang kelainan upaya (OKU), berpendapatan rendah B40 yang dikenakan kompaun pula boleh terus membuat rayuan kepada PKD dan kita akan membuka kertas siasatan dan diserahkan kepada inspektor kesihatan untuk membuat keputusan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku berkaitan pendemik COVID-19 di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, sebentar tadi.

Untuk rekod ordinan berkenaan antara lain memperuntukan mana-mana individu yang melanggar SOP sewaktu tempoh pelaksanaan darurat, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata langkah berkenaan perlu bagi membantu masyarakat dan kompaun dikenakan adalah bukan bertujuan untuk menindas dan menganiaya mana-mana individu, sebaliknya memastikan semua pihak tidak melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

Sementara itu, Dr Adham berkata KKM terima laporan 25,770 kes kesan adverse atau sampingan daripada individu yang menerima suntikan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19, sehingga 31 Mac 2021.

Beliau berkata kesan adverse yang dipantau sejak dari permulaan pemberian vaksin COVID-19 adalah meliputi kesan ringan dan kesan serius selepas menerima vaksinasi.

“Antara kesan-kesan ringan yang dialami penerima vaksin adalah sakit ditempat suntikan, demam, sakit kepala, keletihan, muntah, loya , sakit di sendi dan sengal-sengal di badan.

“Jenis kesan lebih teruk seperti bengkak di sebahagian anggota badan seperti muka, sesak nafas dan tidak selesa di bahagian dada. Kesemua yang mengalami kesan serius telah dimasukkan ke wad untuk pemantauan lanjut.

“Sehingga 31 Mac 2021, sebanyak 25,770 kes kesan sampingan di laporkan iaitu 3.5 peratus daripada jumlah yang telah divaksin dengan majoriti   (99.5 peratus) adalah kesan kesan adverse yang ringan dan selebihnya memerlukan pemerhatian lanjut di ward tetapi telah sihat,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.