nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19 : 1,294 kes baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi

2 APRIL : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 1,294 kes baharu positif dan lima lagi kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif  COVID-19 di negara ini kepada 347,972 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi dengan 455 kes baharu dan daripada jumlah itu, 375 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster sedia ada serta saringan kontak rapat di lapangan.

Katanya, dua negeri lagi yang mencatat kes tinggi ialah Sarawak dengan 217 kes dan Pulau Pinang dengan 139 kes.

“Turut mencatat pertambahan kes hari ini ialah Johor (103), Kuala Lumpur (88), Kelantan (66), Sabah (63), Pahang (57) dan Negeri Sembilan (31). Selain itu, Melaka (22), Kedah (21), Perak (14), Terengganu (lapan), Putrajaya (lima), Labuan (empat) dan Perlis (satu),” kata menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 22 kes atau 1.7 peratus yang dilaporkan adalah berkaitan kluster dalam penjara membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (dua) dan masing-masing satu kes dalam Kluster Tembok Mempaga serta Kluster Tembok Muhasabah.

“Sehingga kini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini ialah 14,246 kes dan daripada jumlah ini, 168 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 78 kes masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Mengenai lima kes kematian yang dilaporkan hari ini, beliau berkata, dua kes dilaporkan di Sarawak manakala masing-masing satu kes di Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Kes kematian hari ini membabitkan kes berusia antara 37 hingga 80 tahun dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.

Pertambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,283 kes bersamaan 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengenai 10 kluster baharu yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, tujuh daripadanya berpunca di tempat kerja, dua dalam kalangan komuniti manakala satu membabitkan golongan berisiko tinggi.

“Dua kluster komuniti yang dikesan hari ini membabitkan majlis sosial. Pertama dikenali sebagai Kluster Kalindukan di daerah Nabawan di Sabah yang sehingga kini sudah menjangkiti 13 kes.

“Kluster kedua ialah Permatang Pasir di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dan sehingga kini sudah menjangkiti 11 kes positif,” katanya.

Bagi kluster golongan berisiko tinggi, katanya, ia membabitkan penghuni dan kakitangan sebuah pusat jagaan warga emas di Pekan Batu 9, Cheras yang dikenali sebagai Kluster Pekan Batu serta sudah menjangkiti 15 kes.

“Kluster lain ialah Kluster Banjaran Gading (Kota Kinabalu) yang menjangkiti lapan kes, Kluster Simpang Empat (Kunak, Sabah) menjangkiti 11 kes dan Kluster Industri Bukit Angkat (Hulu Langat) menjangkiti 38 kes.

“Turut dikesan Kluster Industri Jalan Taat (Johor Bahru) menjangkiti sembilan kes, Kluster Jalan Bukit Nanas (Cheras, Titiwangsa dan Kepong) menjangkiti sembilan kes, Kluster Jalan Padang (Tampin, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol) menjangkiti 14 kes serta Kluster Wakaf Chagak (Kuala Nerus) menjangkiti sembilan kes,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.