nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekolah ditutup jika tidak beroperasi dengan efisien

3 APRIL : Penilaian operasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penutupan sekolah akan dibuat sekiranya sekolah berkenaan tidak boleh beroperasi secara efisien.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, sebarang keputusan KPM berkaitan penutupan sekolah dibuat berdasarkan penelitian mendalam daripada segi operasi kekurangan tenaga pengajar.

Menurut beliau,  prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kes COVIDd-19 adalah jelas iaitu sebarang keputusan dibuat kementerian adalah berdasarkan nasihat Pejabat Kesiharan Daerah (PKD) kerana mereka lebih pakar.

“Sudah banyak kali saya ulang bahawa penutupan sekolah tidak dilakukan secara semberono tetapi mengikut nasihat PKD. Penilaian risiko PKD yang menentukan sama ada kelas tertentu ditutup, tingkat, sebahagian bangunan atau seluruh sekolah.

“Sebagai contoh ramai guru dikuarantin sekali gus mengganggu pembelajaran pelajar baru kita akan putuskan untuk penutupan operasi sekolah terbabit.

“Dari segi penilaian risiko kes positif COVID-19 pula akan dibuat oleh PKD berdasarkan analisa mereka sebelum memberi nasihat kepada pihak KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Kunci Sekolah Menengah Tasek Gelugor serta Penyerahan Peruntukan Penyelengaraan Sekolah di Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Radzi memberitahu, proses vaksinasi kepada guru-guru sedang dijalankan.

“Kita minta guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan memandangkan mereka antara kumpulan penting yang diberi vaksinasi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.