nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sejuta pokok ditanam di WP demi ‘hidupkan’ hutan bandar

4 APRIL :  Bagi menggerak usaha penghijauan negara, Kementerian Wilayah Persekutuan akan menanam sebanyak sejuta pokok, bertemakan Wilayah Hijau Wilayah Lestari yang akan berkonsepkan pembangunan Hutan Bandar dan Pembungaan Bandar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyasarkan penanaman sebanyak 500,000 pokok manakala Perbadanan Putrajaya 400,000 pokok dan Perbadanan Labuan pula sebanyak 100,000 pokok.

Menurut beliau, dengan penanaman 1 juta pokok itu akan dapat menghasilkan 117 tan oksigen setahun dan mengurangkan 22 tan karbon dioksida setahun di samping akan melibatkan beberapa fasa bermula tahun ini sehingga 2025.

ANNUAR

“Peringkat awal pelaksanaan, program ini akan memberi fokus kepada tujuh buah tasik dan kolam yang berada di bahagian utara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan Taman Tasik Metropolitan Kepong, Tasik Intan Baiduri, Kolam 99 dan Kolam Seri Murni, Kolam Nanyang,

Kolam Taman Wahyu, Kolam Takungan Banjir Batu dan Taman Tasik Metropolitan Batu.

“Penanaman pokok di kawasan ini adalah sebahagian daripada perancangan untuk menjadikan kawasan tujuh tasik ini sebagai pusat rekreasi riadah pasif dan aktif. Sebagai permulaan, sebanyak 100 pokok ditanam di kawasan Kolam Takungan Banjir Batu.

“Antara spesis pokok berkayu yang ditanam adalah Pokok Bunga Sakura Malaysia, Putat Laut, Bintangor Laut, Golden Shower Tree, Kelat Jambu Laut, Semarak Api, Casia Biflora, Tembusu Padang, Pokok Merawan Siput Jantan, Penaga Lilin, Pokok Bunga Tanjung, Pokok Kasai dan berberapa spesis lain yang bersesuaian dengan landskap kawasan yang dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, keseluruhan pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur rekreasi serta pengindahan di Kolam Takungan Banjir Batu dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Yayasan Al-Bukhary secara berperingkat yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)  mereka.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh memberitahu, Program Penanaman Pokok di Wilayah Persekutuan ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak kerajaan namun menjadi tanggungjawab bersama pelbagai pihak.

“Oleh itu, orang ramai dan pihak swasta disarankan untuk bersama-sama terlibat di dalam kempen penghijauan ini sebagai usaha memelihara khazanah semula jadi kita yang tidak ternilai.

“Inisiaitif Penghijauan Malaysia ini akan dapat memastikan pembangunan di Wilayah Persekutuan ini sentiasa mampan disamping mempertahankan kekayaan alam semula jadi negara bagi mencapai

matlamat untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar rendah karbon dan Bandar Hijau,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Annuar menyatakan kementeriannya dan DBKL sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan jajaran laluan basikal melibatkan kawasan sekitar tujuh tasik sehingga ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.

“Ini akan menjadikan jarak keseluruhan jajaran basikal berjumlah 62.5 kilometer  bagi kegunaan orang ramai,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.