nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Universiti Awam digalak tawar kursus jangka pendek

6 APRIL : Universiti Awam (UA) digalakkan untuk menjadi penyedia kursus jangka pendek berakreditasi micro-credential bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, selain mampu menambah pendapatan intitusi masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata semua UA perlu merebut peluang itu kerana institusi pengajian tinggi swasta giat menawarkan program sedemikian berdasarkan permohonan yang dibuat kepada pihaknya.

“Berdasarkan rekod, buat masa ini belum ada UA yang menawarkan kursus jangka pendek berakreditasi yang kini menjadi trend dan keperluan industri.

“Banyak bidang yang boleh dijadikan kursus jangka masa pendek, justeru UA yang terawal menyahut peluang ini mempunyai peluang menjana pendapatan lebih besar berbanding yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Eksekutif Sistem Jalinan Kualiti Pendidikan Tinggi dalam Kerangka Kelayakan Malaysia bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Rasid Mail dan pengurusan tertinggi UMS.

UMS muncul UA pertama yang dilawati MQA dalam siri jelajah Turun Padang yang bermula sejak bulan lalu.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, UA juga digalakkan menjadi Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Katanya, inisiatif itu bagi memberi peluang kepada masyarakat yang tidak mempunyai kelayakan konvensional untuk menyambung pengajian yang diidamkan dalam bidang masing-masing.

“Kami mempunyai tiga jenis APEL iaitu APEL A untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi, APEL C bagi pemindahan kredit dan APEL Q untuk penganugerahan terus berdasarkan pengalaman pemohon,” katanya.

Sementara itu, Taufiq berkata, pertemuan dengan MQA membolehkan pihaknya memahami dengan lebih mendalam mengenai proses akreditasi dan produk yang ditawarkan oleh MQA.

“Sesi ini memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan maklumat diperlukan daripada MQA terutamanya membabitkan akreditasi program baharu serta kriteria untuk menjadi Pusat Penilaian APEL,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.