nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Panggilan wilayah hidupkan kembali semangat MA63

10 APRIL: Penggunaan panggilan ‘wilayah’ bagi menggantikan ‘negeri’ untuk Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai permulaan menghidupkan kembali semangat Perjanjian Malaysia (MA63).

Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata selepas diiktiraf sebagai wilayah, Sarawak dan Sabah boleh memperoleh hak termaktub dalam perjanjian itu.

“Kita menuju ke arah apa yang lebih dituntut Sarawak, sebab itu dalam jawatankuasa MA63 dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan dianggotai Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah, salah satu jawatankuasanya adalah jawatankuasa untuk kesaksamaan.

“Jawatankuasa ini untuk kita mahu melihat konteks perundangan, iaitu satu daripada fokusnya adalah membuat pindaan kepada perlembagaan,” katanya yang juga Menteri Kanan Kerja Raya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Persatuan Bekas Polis Cawangan Petra Jaya, Kuching, hari ini.

Katanya, beberapa perkara berkaitan dalam Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Sarawak akan diteliti sebelum pindaan dilakukan secara berperingkat.

“Kita kini melihat secara terperinci dan akan berbincang untuk mentafsirkan perlembagaan supaya MA63 itu, termasuk dalam perlembagaan kita di Sarawak,” katanya.

Muhyiddin Yassin dalam satu acara bersama kepimpinan masyarakat di Kuching, Sarawak awal bulan ini, memaklumkan pertukaran panggilan itu adalah bagi memisahkan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri lain di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.

Sabah dan Sarawak, katanya, memiliki kesatuan dalam kepelbagaian tanpa mengira bangsa dan latar belakang, sekali gus menjadi contoh kepada Malaysia daripada aspek kemampuan menegakkan perpaduan utuh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.