nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN guna ‘kaedah faraid’ agih kerusi PRU-15

10 APRIL: Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan ‘kaedah faraid’ untuk pengagihan kerusi Parlimen bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Razali Idris berkata, kaedah itu bermakna parti paling lama akan mendapat kerusi terbanyak.

Kaedah itu, katanya, sekali gus menyaksikan PAS bakal memperoleh jumlah kerusi tertinggi untuk ditandingi pada PRU-15, berbanding parti lain dalam PN.

“Penggunaan kaedah faraid dalam itu akan dilakukan pada perbincangan fasa terakhir pengagihan kerusi Parlimen nanti.

“Setakat ini, perbincangan pengagihan kerusi membabitkan PAS dan BERSATU serta beberapa parti lain dalam PN baru memasuki fasa pertama yang turut meneliti isu pertukaran calon bertanding kali ini.

“Pada peringkat ini, saya dimaklumkan jawatankuasa pengagihan hanya membincangkan soal kerusi yang mampu dimenangi setiap parti dalam PN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program mesra dengan peserta Go Fit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Fitness di Padang Hiliran di Kuala Terengganu, hari ini.

Program itu dirasmikan Ketua Penerangan Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Badrulhisham Mohamed @ Shafie.

Razali berkata, perbincangan pertama turut membabitkan pertukaran calon yang akan bertanding pada PRU-15.

“Bukan semua ahli Parlimen daripada PAS dan BERSATU akan kekal bertanding di kerusi dimenangi pada PRU lalu.

“Kajian untuk memastikan kemenangan setiap calon daripada PN di setiap kerusi Parlimen akan dilakukan pada perbincanganfasa kedua pengagihan kerusi,” katanya yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu.

Mengulas jumlah pengagihan kerusi untuk PAS, BERSATU dan parti lain dalam PN, Razali berkata, belum tiba masanya perbincangan terarah kepada pengagihan jumlah kerusi pada setiap parti.

“Walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Presiden BERSATU, tetapi tiada desakan untuk mendapatkan kerusi lebih, sebaliknya menyerahkan kepada jawatankuasa rundingan membuat keputusan.

“Soal pengagihan jumlah kerusi kepada setiap parti bukan keutamaan, sebaliknya semua kerusi yang ditandingi calon PN memenangi kerusi dengan jumlah majoriti lebih banyak,” kata Ketua Bahagian BERSATU Marang itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.