nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ambil berat keperluan, kesejahteraan OKU

10 APRIL: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar semua pihak terus mengambil berat keperluan dan kesejahteraan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di negara ini.

Seri Paduka bertitah, semua pihak juga perlu mencetuskan inovasi secara berterusan bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan pembabitan golongan itu dalam masyarakat.

Justeru, Tunku Azizah menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu meningkatkan tahap kefungsian golongan OKU menerusi penghasilan pakaian Perkeso Functional Adaptive Clothing.

“Saya dimaklumkan, kesukaran golongan OKU mendapat pakaian yang bersesuaian menjadi titik tolak kepada KSM menerusi PERKESO untuk mengambil inisiatif menjadi antara perintis dalam mereka bentuk dan menghasilkan functional adaptive clothing yang dimulakan dengan konsep pakaian tradisional di Malaysia,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian secara maya pada Majlis Pelancaran Perkeso Functional Adaptive Clothing di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Perkeso Functional Adaptive Clothing direka khas dengan fungsi fleksibel bagi memudahkan golongan OKU, terutama yang lumpuh dan berdepan kekangan fizikal memakai pakaian dengan selesa.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, melaksanakan usaha itu melalui penghasilan pakaian tradisional Malaysia yang dimulakan dengan baju Kurung dan baju Melayu bersama pereka fesyen terkenal, Nurita Harith.

Tunku Azizah yang berpeluang memakai pakaian itu, bertitah rekaan pakaian berkenaan mudah dipakai, potongan baju selesa dan kombinasi warna ceria serta menarik.

“Sememangnya nampak bergaya dan sesuai dipakai untuk apa juga acara, lebih-lebih lagi bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba,” titahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.