nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hospital swasta terlibat sebagai Pusat Pemberian Vaksin

12 APRIL: Hospital swasta di negara ini akan terlibat sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam Fasa 2 dan 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju membabitkan hospital swasta dalam program imunisasi itu berlandaskan prinsip ‘vaccine equity’ yang mana kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada semua.

Katanya, pembabitan hospital swasta mengambil kira cadangan yang dikemukakan pihak hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi COVID-19 dicapai segera.

“Oleh itu, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada hospital swasta bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat,” katanya pada sidang media perkembangan program imunisasi COVID-19 bersama Menteri Penyelaras program Khairy Jamaluddin, di Putrajaya hari ini.

Hospital swasta yang ingin mengambil bahagian boleh mendaftar melalui ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) di laman web www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata melalui laman web itu juga, hospital swasta boleh mendapatkan maklumat berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran.

Pada masa ini terdapat 203 hospital swasta di seluruh negara.

Pada 8 Mac lalu, KKM mengumumkan pembabitan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Mengenai pembabitan GP dalam program imunisasi itu, Dr Adham berkata jumlah pendaftaran GP hingga semalam ialah seramai 2,304 orang.

“GP dan hospital swasta yang berdaftar akan diberikan taklimat dan latihan berkaitan skop-skop tugas dalam program imunisasi,” katanya, menambah garis panduan dan manual lengkap turut diberikan sebagai rujukan dalam mengendalikan pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.