nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kematian akibat COVID-19 meningkat mendadak

13 APRIL: Jumlah kes kematian akibat COVID-19 kini semakin membimbangkan selepas meningkatkan  secara mendadak kepada 12 kematian hari ini berbanding hanya empat kes maut, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dari segi jumlah kes baharu positif COVID-19 juga meningkat kepada 1,767 kes hari ini berbanding 1,317 kes, semalam.

Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan 1,767 kes baharu positif hari ini jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sekarang menjadi 363,940 kes.

NOOR HISHAM

Beliau berkata daripada 1,767 kes baharu positif COVID-19 berkenaan 1,758 kes adalah berpunca daripada penularan tempatan dan sembilan kes import membabitkan dua warganegara dan tujuh bukan warganegara.

“Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (34.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes (52.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 483 kes (27.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes (7.5 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 21 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (7 kes), dan Kluster Telok Mas (3 kes).

“Terdapat 12 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Sarawak, tiga (3) kes di Selangor, dan satu (1) kes di Terengganu.

“Kesemua kes melibatkan warganegara. Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, pejabat kerajaan di Presint 7, Putrajaya; syarikat pengangkutan dan majlis sosial menjadi antara pencetus sembilan kluster baharu dikenal pasti KKM.

“Sembilan kluster berkenaan terdiri empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.