nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hentikan segera projek balak di Lenggeng

16 APR: Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussain, menggesa kerajaan Negeri Sembilan segera menghentikan projek pengeluaran kayu balak seluas kira-kira 500 hektar di kawasan Lenggeng kerana memberi kesan buruk kepada eko-sistem tadahan air dan jalan di kawasan berkenaan.

Zool Amali juga, mendakwa, projek berkenaan juga berada berhampiran dengan Hutan Lipur Lenggeng yang juga lokasi latihan pasukan tentera.

“Kawasan yang terbabit (pembalakan) di Lenggeng ini dekat dengan lokasi Hutan Simpan Kekal. Sejak saya lahir di Lenggeng, tak pernah lagi ada pengeluaran balak.

“Saya pun menerima aduan daripada penduduk terutama masyarakat Orang Asli yang memberitahu kerja-kerja mengambil kayu balak itu mengganggu eko sistem tadahan air dan jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, status aktiviti pengeluaran kayu balak itu juga masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, adalah sesuatu yang meragukan apabila projek yang masih dalam siasatan pihak berkuasa masih diteruskan seperti biasa.

“Isu balak ini sudah dilaporkan kepada SPRM pada 18 September lalu oleh seorang individu dari Seremban. Saya difahamkan oleh SPRM Putrajaya bahawa status kes itu masih dalam siasatan.

“Sebagai penduduk Lenggeng, saya mendesak kerajaan negeri menghentikan pengeluaran kayu balak di kawasan berkenaan sehingga siasatan kes selesai,” katanya.

Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pemberian tender projek pembalakan di Lenggeng, Negeri Sembilan, yang didakwa tidak mengikut prosedur.

Aminuddin berkata pihaknya tidak berkompromi mengenai hal itu dan akan sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri berpendirian bahawa projek itu sudah melalui proses perolehan tender yang telus dan teratur.

“Sehingga kini, kerja yang sudah dijalankan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.