nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pusat hiburan antara punca 7 kluster baharu hari ini

16 APRIL : Pusat hiburan di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur menjadi antara punca utama penularan salah satu daripada tujuh kluster baharu COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan hari ini termasuk tiga membabitkan tempat kerja, dua pusat tahanan, masing-masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Jalan Kia Peng adalah kluster tempat kerja melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong, dan Cheras di Kuala Lumpur.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362954) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat hiburan yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

“Sehingga 16 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata tujuh kluster jangkitan dikesan hari ini membabitkan Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Perak dan Pahang.

Beliau berkata, ini termasuk satu kluster pendidikan yang dikesan di Bentong di Pahang.

Katanya, kes indeks bagi Kluster Sri Layang itu, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April lalu, hasil saringan individu bergejala.

“Kes mula bergejala demam pada 3 April. Kluster ini membabitkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Sri Layang, Bentong.

“Sehingga hari ini, sejumlah 420 individu sudah disaring, dengan 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Katanya, Kluster Jalan Sultan Iskandar pula adalah kluster tempat kerja melibatkan daerah Bintulu di Sarawak dengan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354095) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.