nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Iklan judi raya: PAS WP, GTPM gesa tindakan tegas diambil

15 APRIL: PAS Wilayah Persekutuan (WP) menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan tegas terhadap pihak mempromosi iklan perjudian dalam talian ketika bulan Ramadan, seperti iklan raya menerusi video yang kini tular di media sosial.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya, berkata penularan iklan itu, sememangnya mengganggu keharmonian awam ketika bulan puasa.

Perkara itu juga, katanya tidak wajar kerana menggunakan pelakon dipercayai berbangsa Melayu dan berlatarkan suasana hari raya, iaitu hari kemenangan umat Islam.

“Bukan sahaja mengaibkan bahkan sangat jelas bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

“Justeru, PAS Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan supaya lebih tegas dan efektif dalam membendung perkara sebegini,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Iklan berdurasi dua minit yang tular sejak semalam itu, memaparkan watak seorang pemuda bersedih kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk pulang ke kampung.

Dalam paparan itu, dia kemudian duduk termenung memikirkan masalah dihadapi, sebelum tiba-tiba menerima sistem pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya yang menawarkan aktiviti perjudian dengan habuan lumayan.

Tindakan syarikat judi berkenaan menghasilkan iklan terbabit, dikecam netizen kerana didakwa mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatannya untuk meraih wang berganda itu, selain pelakonnya mengenakan pakaian baju Melayu dan baju Kurung lengkap, selain berhijab.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah, berkata pihaknya mendapati promosi dijalankan menerusi iklan berkenaan adalah susulan beberapa kempen judi secara dalam talian yang disebarkan nombor tidak dikenali, sejak beberapa tahun lalu.

Perbuatan itu, katanya, dipercayai dijalankan sindiket yang turut mempunyai data peribadi pengguna telekomunikasi di negara ini dan menghantar promosi sama ada menerusi SMS, WhatsApp dan Telegram.

“Sebelum ini kita terima aduan mengenai mesej promosi judi daripada pelbagai nombor tidak dikenali, malah dalam kumpulan Telegram, sindiket jenayah terbabit diikuti ribuan orang.

“Semuanya mempromosikan ‘cuci duit’ dengan harga tertentu. Ini semua judi cara maya yang akan mengumpan mangsa,” katanya.

Pada masa sama, katanya, GTPM akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.