nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Program rekalibrasi PATI di subsektor perkhidmatan dibuka

22 APR: Kerajaan bersetuju membuka Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) kepada majikan dalam subsektor perkhidmatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata subsektor perkhidmatan terbabit ialah restoran, kargo, borong dan runcit, serta pembersihan dan pencucian.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa bersama antara beliau dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengenai pengurusan pekerja asing, di Putrajaya hari ini

“Keputusan ini dibuat bagi membantu pihak kerajaan memulihkan kembali ekonomi negara dengan segera dan bagi mengelakkan sektor-sektor kritikal seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan perkhidmatan mengalami kerugian besar, akibat masalah kekurangan tenaga kerja,” katanya.

Kerajaan sebelum ini melancarkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja bagi menjadikan PATI sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan yang layak, tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan melalui Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, hanya majikan dalam empat sektor yang bersifat 3D, iaitu kotor, bahaya dan sukar, dibenarkan mengambil PATI sebagai pekerja dan hanya warga asing dari 15 negara sumber seperti Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar dan Bangladesh.

Hamzah berkata, syarat kelayakan penyertaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja juga diperluas kepada PATI yang mendaftar Program Rehiring dan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

“Ini merangkumi mereka yang tidak melengkapkan proses permohonan serta tidak menerima Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) melalui program itu.

“Penyertaan juga diperluas kepada PATI yang lari tetapi tidak dilaporkan oleh majikan dan mereka yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang tulen dan sah,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju membabitkan Agensi Pekerjaan Swasta yang berlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, bagi mempercepat pelaksanaan program itu.

“Majikan masih perlu hadir di Jabatan Imigresen bagi melaksanakan semua urusan, seperti pengambilan biometrik,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, mesyuarat jawatankuasa turut memutuskan supaya moratorium hingga 31 Disember tahun ini diberikan kepada warga asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan, untuk memperoleh PLKS Jangka Pendek.

“Selepas tarikh itu, PLKS Jangka Pendek diwajibkan bagi semua warganegara asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa Jemaah Menteri pada 7 April lalu, bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku PLKS, selama setahun kepada pekerja asing sedia ada, dalam sektor perladangan.

“Pelanjutan ini hanya diberikan kepada pemegang PLKS yang hampir tamat tempoh bagi tahun ke-13 dengan kadar levi tahun terakhir.

“Kita umumkan pelanjutan ini kerana kita tidak mahu sektor yang beri pulangan paling besar dalam negara ketika ini mengalami kerugiaan,” katanya.

Hamzah berkata, pihaknya menerima memorandum menyatakan berlaku kerugian hampir RM10 bilion, jika tiada pekerja dalam sektor itu.

Beliau berkata, pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja itu akan dapat membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, seterusnya mencapai imuniti kelompok.

Katanya, perbincangan akan diadakan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengenai sektor yang perlu diberi keutamaan, bagi pemvaksinan.

“Kita akan buat jadual kepada mereka. Cuma sekarang kita mahu mereka (warga asing) tampil supaya kita dapat buat pemutihan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.