nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan jamin Parlimen bersidang secepat mungkin

26 APRIL: Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil sama ada sebelum atau selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara tersebut bagaimanapun, bergantung kepada nasihat dan pandangan pakar terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Takiyuddin berkata semua pihak termasuk pembangkang masih boleh menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan ketika darurat berlangsung melalui saluran dibenarkan seperti melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal-hal berkaitan kuat kuasa Darurat.

“Dalam masa yang sama, tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salah guna kuasa kerana sistem kerajaan berfungsi sebagaimana biasa termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh pihak penguat kuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

“Justeru semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada Kerajaan dalam usaha memastikan survival hidup dan kehidupan rakyat terjamin dari segi aspek kesihatan, ekonomi dan sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya Parlimen kembali bersidang.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan untuk memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata keutamaan yang diberikan pada masa ini adalah usaha memastikan penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya termasuklah melindungi aspek kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.

“Dalam hal ini Kerajaan ingin menarik perhatian semua pihak bahawa langkah pengawalan dan pencegahan wabak berbahaya ini masih berterusan dengan seluruh jentera kerajaan memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan.

“Di samping itu pihak penguat kuasa terutama Polis Diraja Malaysia, tentera, Imigresen, Rela dan lain-lain masih bertungkus-lumus menjaga perbatasan negara dari dibolosi pendatang asing yang turut membawa risiko penularan covid dari negara luar,” katanya.  – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.