nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kru KRI Nanggala 402 naik pangkat

26 APRIL: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyifatkan kesemua 53 kru Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terkorban dalam tragedi kapal selam KRI Nanggala 402, sebagai perajurit penjaga kedaulatan negara.

Beliau berkata, perwira bangsa yang gugur ketika melaksanakan tugas di perairan akan sentiasa terpahat dalam jiwa setiap rakyat Indonesia.

Katanya, mereka semua adalah putera-putera terbaik bangsa.

“Atas nama pemerintah dan seluruh rakyat Indonesia, saya menyampaikan dukacita yang mendalam atas gugurnya 53 perajurit Nanggala 402.

“Mereka adalah putera-putera terbaik bangsa, patriot terbaik penjaga kedaulatan negara,” kata beliau dalam ucapan yang disiarkan menerusi platform YouTube Sekretariat Presiden, hari ini.

Turut mengiringinya ketika menyampaikan ucapan duka itu ialah Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin; Panglima Tentera Nasional Indonesia, Hadi Tjahjanto; Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo dan Ketua Badan Intelijen Negara, Budi Gunawan.

Jokowi turut mendoakan kesemua anak kapal terbabit akan mendapat kedudukan terbaik di sisi Tuhan, sementara keluarga mereka diberi ketabahan melalui dugaan itu.

Jokowi turut mengumumkan kesemua anak kapal Nanggala 402 yang terkorban akan diberikan kenaikan pangkat sebagai menghargai pengorbanan mereka.

Kerajaan juga, katanya, akan memberikan bintang jasa Jalasena di atas dedikasi dan pengabdian kesemua perajurit berkenaan.

“Pemerintah juga bakal menjamin pendidikan anak-anak perajurit Nanggala 402 sehingga ke peringkat universiti,” katanya.

Selain itu, Jokowi berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus terbabit dalam misi pencarian Nanggala 402 sehingga akhirnya ditemui.

“Terima kasih dan penghargaan juga saya sampaikan atas bantuan dari negara-negara sahabat dalam upaya dan kerja keras pencarian kapal selam Nanggala 402,” kata Jokowi.

Nanggala-402 dilaporkan hilang kontak sejak Rabu lalu, sebelum kedudukannya dikesan semalam di dasar laut di perairan Bali.

Serpihan kapal selam itu ditemui pecah kepada tiga bahagian, manakala kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.