nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu rogol tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka

28 APRIL : Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, meminta tindakan tegas dikenakan ke atas guru yang membuat jenaka mengenai jenayah rogol sekiranya dakwaan itu benar.

Beliau berkata, isu rogol tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka dan gurauan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Katanya, guru sepatutnya menjadi agen sosialisasi kedua terpenting selepas ibu bapa, selain berperanan bukan sahaja untuk mendidik, malah membentuk akhlak pelajarnya.

“Video baru-baru ini mengenai seorang pelajar mengadu gurunya bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) bergurau secara keterlaluan dan mengatakan tidak salah untuk merogol menjadi viral di media sosial.

“Saya mohon pihak berkuasa menjalankan siasatan mengenai perkara ini dan tindakan tegas terhadap guru tersebut perlu diambil segera.

“Isu rogol adalah perkara serius dan merupakan perbuatan jenayah berat, justeru dalam situasi apa sekalipun perkara ini tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka dan juga gurauan,” katanya yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor menerusi Facebook, hari ini.

Che’ Puan Besar Khaleeda turut memuji keberanian pelajar perempuan terbabit kerana berani menyuarakan perkara serius itu di ruang media sosialnya.

Sebelum ini, pelajar terbabit, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, mendedahkan seorang guru lelaki didakwa membuat jenaka mengenai jenayah rogol di dalam kelas, ketika membicarakan soal penderaan dan gangguan seksual.

Perkongsian pelajar itu di TikTok menjadi tular dan mencetuskan kemarahan warganet.

Susulan isu terbabit, polis sudah membuka kertas siasatan dan sedang mengambil keterangan pihak berkaitan. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.