nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes keseluruhan COVID-19 negara kini cecah angka 400 ribu

28 APRIL: Kes harian COVID-19 di negara kini mencecah angka 400 ribu berikutan peningkatan mendadak kes baharu sebanyak 3,142 kes yang telah dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, ia membabitkan 3,129 kes tempatan dan 13 kes import.

Menurut beliau, dengan lonjakan itu negara menyaksikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 401,593 kes iaitu yang ketiga tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina.

“Ia juga kali pertama kes baharu di Malaysia kembali mencecah melebihi 3,000 kes dalam tempoh lebih dua bulan, sejak mencatatkan 3,545 kes pada 24 Februari lalu.

“Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 819 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes. 

“Terdapat 15 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Sarawak, dua kes di Kelantan, serta masing-masing satu kes di Johor, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” katanya menerusi kenyataan rasmi perkembangan laporan harian COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu jumlah kes sembuh baharu dilaporkan sebanyak 1,822 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat pandemik itu melonjak kepada 373,397 atau 93.0 peratus daripada keseluruhan kes.

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 306 orang termasuk dan 151 yang memerlukan bantuan pernafasan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 26, 719 atau bersamaan 6.65 peratus” katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster sekolah, empat kluster komuniti, dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, dan kluster keagamaan.

Tambah beliau, Kluster baharu yang terlibat adalah Melugu, Sarawak;  Madai , Sabah; Layar Hujung, Kedah; Jalan Gombak Dua,  Selangor; Ulu Strass,  Sarawak dan Jalan Maharajalela di Perak

“Selain itu, Taman Wira, Johor; Pintu Air Relau , Kedah ; Jalan Rimbunan, WP Kuala Lumpur; Jalan Bakariah, Johor; Jalan Sekinchan, Selangor dan Leboh Gambus Selangor,” katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham berkata sebanyak 1256 kluster telah tamat termasuk sembilan kluster yang tamat pada hari ini.

Beliau berkata, kluster tersebut adalah Kluster Layar, Kluster Emas Bemban, Kluster Pengkalan Nangka Tumpat, Kluster Perindustrian Pekan Nanas, Kluster Chendering Height, Kluster Kemuning Enam, Kluster Hilir Sungai Kluang, Kluster Sungai Putus, dan Kluster Tembok Bukit Besi. 

“Jumlah kluster aktif kini adalah 370 kluster manakala bagi jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 68 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pulai Chondong (66 kes), Kluster Pintu Air Relau (30 kes), dan Kluster Layar Hujung (22 kes), “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.