nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cubaan Sogok Polis RM30,000, 4 Lelaki Ditahan

30 APRIL: Cubaan empat lelaki menawarkan wang sogokan sebanyak RM30,000 kepada polis agar membebaskan rakan yang ditahan dalam serbuan perjudian mengundang padah apabila mereka turut ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika empat individu berusia antara 25 hingga 39 tahun itu datang ke sebuah unit apartmen di Jalan Changkat Perak, Kuala Lumpur, yang diserbu pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 3 pagi.

Menurut beliau, terdahulu tiga warga tempatan, termasuk seorang wanita, dan lima lelaki warga China berusia antara 27 hingga 32 tahun ditahan dalam serbuan itu.

“Hasil pemeriksaan merampas 108 daun terup, tiga keping catitan angka perjudian, kad akses, kad sim dan wang tunai RM1,213.

MOHAMAD ZAINAL

“Ketika serbuan dilakukan, pasukan JSJ IPD Dang Wangi didatangi empat lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai rakan kepada individu ditangkap dalam serbuan itu.

“Suspek didakwa memaklumkan tujuan mereka datang adalah untuk menawarkan wang sebanyak RM30,000 bagi membebaskan semua tangkapan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal menegaskan anggota polis di lokasi bertindak menolak tawaran itu, sekali gus memberi amaran kepada suspek supaya tidak mengganggu tugas mereka dan serbuan yang dijalankan.

“Bagaimanapun, suspek didakwa berdegil dan terus cuba menawarkan wang itu. Justeru, anggota menahan semua suspek berkenaan serta merampas wang tunai berjumlah RM30,000 yang dibawa dalam beg kertas dan beg silang.

“Siasatan cubaan merasuah ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal memberitahu, pasukan JSJ IPD Dang Wangi kemudian meneruskan serbuan di dua lagi unit apartmen terbabit kira-kira jam 4 pagi itu dan menahan empat lelaki warga China

“Dalam keseluruhan serbuan terbabit, polis turut merampas 10 telefon bimbit, lima kad sim, 108 daun terup, kad akses dan wang tunai RM4,524.

“Kesemua 12 individu disyaki terbabit kegiatan perjudian itu ditahan mengikut Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.