nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP perlu lebih ketat di Kuala Lumpur – Annuar

8 MEI: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berpandangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat dan berkesan diperlukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta merta.

Beliau berkata, justeru itu, PKP yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan disemak semula.

Katanya, pendekatan itu diperlukan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan melandaikan lengkuk penularan.

“Perkara ini harus dilakukan kerana keselamatan dan nyawa rakyat perlu didahulukan, malah masyarakat wajar bersedia berkorban menghadapi musibah serta kesukaran kecil, demi mengelak bencana lebih besar.

“Saya mendengar taklimat situasi semasa dan unjuran kes positif COVID-19 diberikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah petang tadi (semalam),” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, malam tadi.

PKP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dikuatkuasakan selama dua minggu mulai semalam sehingga 20 Mei ini.

Arahan itu turut menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) membabitkan operasi perniagaan di sekitar ibu kota, termasuk waktu operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri.

Pada masa sama, Annuar berkata, beliau juga meneliti isi kandungan surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan kepada pengarah hospital yang diedar berhubung persiapan meningkatkan keupayaan hospital dan memerhati situasi serta laporan pematuhan di lapangan sekitar Kuala Lumpur, terutama rekod daripada sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE), selain mengambil kira kemungkinan suasana kemuncak akhir Ramadan dan awal Syawal.

Semua situasi itu, katanya, menjurus ke arah penularan COVID-19 secara besar-besaran dan bakal mengancam tahap kapasiti hospital di Wilayah Persekutuan.

“Saya berpandangan PKP lebih ketat dan berkesan diperlukan serta-merta.

“Insya-Allah, esok saya akan sertai mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN Khas untuk membincangkan secara terperinci dan mendoakan pandangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut disokong kawan-kawan lain,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.