nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis Kuala Lumpur mula laksana SJR di 9 lokasi

8 MEI: Polis Kuala Lumpur melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di sembilan lokasi di sekitar ibu negara bermula jam 7 pagi tadi, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di negeri itu.

Lokasi berkenaan ialah Jalan Sentul Pasar, hadapan Balai Polis Kepong, Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama, Jalan 2/27A Wangsa Melawati, Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa, Lebuhraya Bukit Jalil, Jalan Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur, Jalan Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo, berkata SJR itu susulan arahan kerajaan melaksanakan PKP 3.0 bermula pada 7 hingga 20 Mei 2021 di Kuala Lumpur, bertujuan membendung penularan COVID-19.

“Sehubungan arahan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Polis Negara (KPN), masing-masing menyarankan PKP 3.0 dijalankan dengan mantap serta berkesan.

“Mesyuarat Penyelarasan Kumpulan Kerja Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut diadakan hari ini yang dipengerusikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim bagi menyelaras pelaksanaan penugasan, khasnya mengenai SJR PKP 3.0 di Kuala Lumpur.

“Mesyuarat terbabit turut dihadiri pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Pertahanan Awam Negeri (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lei Choo berkata, selain SJR, Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan pemantauan melalui pasukan pematuhan dan rondaan menerusi kenderaan peronda (MPV) dan Unit Ronda Bermotosikal (URB), bagi memastikan penguatkuasaan PKP 3.0 di Kuala Lumpur adalah secara komprehensif. 

Katanya, Polis Kuala Lumpur turut menyarankan orang ramai supaya mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 serta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa itu agar sama-sama dapat mendatarkan lengkuk penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan pergerakan dan hanya berbuat demikian jika benar-benar perlu, demi kesihatan diri dan keluarga masing-masing serta kesejahteraan masyarakat. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat boleh menghubungi HotlinePolis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. 

Sementara itu, tular sebuah video di media sosial memaparkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan di kedua-dua arah berhampiran sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, sebentar tadi, susulan SJR yang dilaksanakan di lokasi berkenaan.

Video berdurasi 17 saat itu dikongsi seorang pelayar Facebook menerusi satu kumpulan di media sosial terbabit selepas ditanya netizen adakah lebuh raya berkenaan dikenakan SJR.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.