nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Taktik Kaki Judi Pasang Khemah Dalam Semak Terbongkar

8 MEI: Modus operandi sekumpulan kaki judi bertaruh dalam kawasan semak berhampiran sebuah stor penyimpanan sayur di Jalan Mushi Abdullah, Georgetown, Pulau Pinang berjaya dibongkar pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal pagi tadi.

Serbuan Ops Dadu bermula jam 1.45 pagi itu dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Fairuz Mostafa yang difahamkan bermain judi jenis pakau di bawah khemah kanvas yang didirikan khas di lokasi tersembunyi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata dalam serbuan itu, ada kaki judi cuba meloloskan diri sebaik pihak polis menyerbu kawasan berkenaan namun tindakan pantas anggota polis berjaya menggagalkan tindakan mereka.

Menurut beliau, seramai 16 lelaki berusia lingkungan 23 hingga 54 tahun dan seorang penganjur yang berusia 50 tahun diberkas dalam serbuan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka terlibat dengan pertaruhan judi jenis daun pakau dan aktiviti perjudian di kawasan terbabit aktif sejak seminggu lalu.

“Selain berjudi, kesemua suspek juga didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

“Dalam serbuan itu, kita merampas wang tunai hampir RM10,000, 52 keping daun pakau, jam digital serta empat meja bersama kaki besi,” katanya kepada media, hari ini. 

Dalam pada itu, Rahimi memberitahu, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk dokumentasi dan dikenakan kompaun kerana ingkar dengan PKPB.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c), Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala tindakan kompaun diambil dibawah Peraturan 19(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 4) 2021,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Rahimi menegaskan, tindakan secara agresif oleh pihak polis akan berterusan ke atas semua aktiviti haram dan juga bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri itu.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam aktiviti sedemikian selain mengalu-alukan sebarang maklumat daripada masyarakat sekiranya mengetahui sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti haram yang dilakukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.