nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis panggil Azmin  isu rentas negeri,berkumpul sambut raya

15 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan ahli keluarga Ahli Parlimen Gombak tersebut merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, turut akan dipanggil ialah ahli keluarga Mohamed Azmin, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta beberapa saksi lain bagi membantu siasatan. 

Menurut beliau, polis menerima laporan pada jam 3 petang semalam berkenaan hantaran menerusi Facebook di atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen

“Ia berhubung dakwaan ahli keluarga Mohamed Azmin merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

“Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei 2021 (Khamis) lebih kurang jam 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Presint 10, Putrajaya.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil memberitahu hasil keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei 2021 (Khamis), tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti didakwa dalam hantaran Facebook yang tular di media sosial.

“Datuk Seri Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan. 

“Justeru, saya ingin menasihatkan pengguna media sosial berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.