nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal

16 MEI: Kira-kira 10,000 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal selepas penempatan mereka di Semenanjung Gaza diserang Israel sejak Isnin lalu.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), dalam satu kenyataan, berkata krisis diburukkan lagi dengan ancaman COVID-19 yang masih serius.

“Penduduk Gaza kini terpaksa berlindung di sekolah, masjid dan pusat perlindungan sementara lain ketika ancaman pandemik COVID-19 masih tinggi.

“Kemudahan terbabit mempunyai akses terhad kepada bekalan air bersih, makanan, perkhidmatan kesihatan dan kebersihan,” katanya.

Pada masa sama, hospital dan perkhidmatan kebersihan yang bergantung kepada sumber bahan api dijangka hanya dapat bertahan sehingga hari ini.

OCHA menegaskan, pihak bertelagah perlu membenarkan PBB dan agensi kemanusiaan menyalurkan bekalan bahan api, makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk yang terjejas akibat konflik terbaru Israel-Palestin.

OCHA turut mengulangi gesaan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, yang menggesa pihak terbabit konflik itu supaya meredakan ketegangan bagi mengelakkan lebih ramai penduduk Palestin terkorban.

Sementara itu, Setiausaha Amerika Syarikat (AS) untuk Hal Ehwal Israel-Palestin, Hady Amr, dijadualkan bertemu pemimpin Israel dan Palestin.

Pertemuan itu dirancang selepas Washington berdepan kritikan banyak pihak kerana menyokong rejim Zionis dan menggunakan kuasa veto mereka untuk membantah Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengeluarkan resolusi berhubung krisis itu.

Difahamkan, angka korban di Semenanjung Gaza sudah melebihi 140 orang termasuk 39 kanak-kanak manakala kira-kira 950 yang lain dilaporkan cedera.

Di Tebing Barat, sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin cedera selepas konflik Israel-Palestin kini merebak ke wilayah terbabit.

Ketika ini, terdapat kebimbangan krisis itu akan menjadi bertambah buruk susulan sambutan Hari Nakba (Hari Malapetaka) semalam, yang menandakan pengusiran besar-besaran penduduk Palestin pada 1948.

Pada awal pagi semalam, 10 sekeluarga termasuk lapan kanak-kanak dan dua wanita menjadi korban terbaru serangan udara dilancarkan rejim Zionis ke atas bangunan tiga tingkat di kem pelarian Shati di barat Semenanjung Gaza.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.