nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

China dakwa AS sekat usaha rundingan Palestin-Israel

17 MEI: Pemimpin Palestin dan Israel saling merayu mendapatkan sokongan ketika berlangsungnya sesi mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara maya, semalam.

Walaupun tidak banyak tindakan dilihat pada sesi mesyuarat itu yang diadakan ketika keganasan kian meningkat di Semenanjung Gaza, namun situasi menjadi semakin tegang apabila China yang turut menyertai sesi berkenaan, mendakwa Amerika Syarikat (AS) cuba melakukan dasar halangan.

China selaku Presiden Majlis Keselamatan PBB itu, turut mendakwa AS menyekat usahanya untuk mengambil ‘tindakan kuat’ serta menjemput Israel dan Palestin untuk berunding.

“Malangnya, hanya kerana halangan satu negara, Majlis Keselamatan PBB belum dapat bercakap dengan satu suara.

Kami meminta AS untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya,” kata Menteri Luar China, Wang Yi.

Sesi menyuarat Majlis Keselamatan PBB itu sepatutnya diadakan pada 14 Mei, tetapi kemudian berlangsung dua hari kemudian, selepas AS yang dianggap sebagai sekutu rapat Israel, meminta sesi terbabit ditangguhkan.

AS memberi alasan negara itu bukan menghadang sesi mesyuarat tergempar diadakan segera, tetapi memberika waktu rundingan diplomasi bagi membincangkan konflik terbabit secara serius.

Pada pembukaan sesi mesyuarat itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyifatkan tragedi keganasan Israel dan Palestin terbabit ‘sangat mengerikan’.

Beliau mendesak pejuang Hamas untuk berhenti melancarkan roket ke Israel dan menggesa negara pimpinan Benjamin Netanyahu itu supaya menghentikan serangan udara besar-besaran di Semenanjung Gaza.

“Pertempuran perlu dihentikan dan perlu dihentikan dengan segera.

“Situasi pertempuran ini berpotensi menyebabkan krisis keamanan dan kemanusiaan tidak dapat diuruskan, malah berlanjutan bukan hanya di wilayah Palestin yang dijajah dan Israel, tetapi juga di wilayah itu secara keseluruhan,” katanya.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki dengan merujuk jumlah mangsa yang ramai dalam kalangan penduduk awam, menuduh Israel dalang ‘kejahatan perang’ dan ‘apartheid’, iaitu gelaran dinafikan Israel.

“Bertindak sekarang untuk akhiri pencerobohan dan serangan terhadap orang kami, rumah kami, tanah kami serta bertindaklah sekarang supaya kebebasan dapat berlaku dan bukannya apartheid,” katanya.

Al-Maliki berkata, Israel perlu bertanggungjawab atas tindakannya sebagai ‘kuasa penjajah’.

“Israel selalu berkata, letakkan dirimu dalam kasut kita, tetapi Israel tidak memakai kasut, sebaliknya memakai kasut tentera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.