nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berbeza pandangan politik bukan alasan hukum mahasiswa

3 NOV : Mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak sepatutnya berdepan tindakan disiplin hanya kerana berbeza pandangan atau pegangan politik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pandangan serta suara golongan muda perlu diraikan selagi tidak melanggar batas undang-undang, khususnya membabitkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Katanya, pihak universiti tidak sepatutnya mengambil tindakan perundangan terhadap pelajar hanya kerana mereka menyuarakan pandangan atau mempunyai pendirian politik berbeza.

“Kalau hanya berbeza pendapat dan mereka menyuarakan pendapat anak-anak muda, saya fikir pendapat itu harus diraikan, bukan dengan mengambil tindakan perundangan terhadap mereka.

“Selain daripada itu, kalau berbeza pendapat dan pegangan politik, saya fikir tidak harus diambil sebarang tindakan disiplin oleh pihak universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Apa Khabar Siswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Alor Gajah, hari ini.

Mengulas cadangan menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), Ahmad Zahid berkata, perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat jemaah menteri.

Katanya, undang-undang baharu yang bakal menggunakan nama berbeza itu dijangka memberi penekanan kepada aspek pentadbiran dan tadbir urus universiti, termasuk pengurusan akademik, pemilihan anggota senat serta pelantikan naib canselor dan timbalan naib canselor.

Menurutnya, pendekatan baharu itu tidak lagi tertumpu kepada sekatan terhadap aktiviti mahasiswa.

“Ia tidak lagi menjurus kepada apa yang disebutkan sebagai tujuh perkara daripada 40 perkara yang hanya untuk menyekat kemaraan pelajar dalam aktiviti mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berharap UiTM dapat menjadi institusi perintis dalam pembangunan teknologi kuantum menerusi penubuhan Jabatan Teknologi Kuantum.

Katanya, inisiatif itu berpotensi dikembangkan kepada penubuhan Fakulti Teknologi Kuantum pada masa hadapan bagi memperkukuh keupayaan negara dalam bidang teknologi berkenaan.

Beliau berkata, UiTM dipilih kerana mempunyai rangkaian kampus di seluruh negara selain jumlah pelajar yang ramai.

“Teknologi kuantum adalah satu teknologi yang lebih maju berbanding AI (kecerdasan buatan). Mudah-mudahan dengan wujudnya jabatan ini, akhirnya sebuah Fakulti Teknologi Kuantum dapat diwujudkan di UiTM supaya negara kita bersedia untuk perubahan teknologi berkenaan.

“Pada hemat saya, kita tidak harus ketinggalan dalam pembangunan teknologi baharu, terutama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya.

Katanya, pensyarah berlatar belakang teknologi maklumat (IT) dan digital akan diberikan latihan bagi menerajui penubuhan jabatan serta fakulti berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.