nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Laluan Pintasan Serendah Tingkat Daya Saing KTMB

17 MEI : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyambut baik hasrat kerajaan bagi meneruskan pembinaan laluan pintasan kereta api Serendah ke Pelabuhan Klang ‘Pintasan Serendah’ yang dilihat dapat memperkukuhkan daya saing pengangkutan rel kargo terus ke Pelabuhan Klang.

KTMB memaklumkan sudah bertahun lamanya pergerakan kereta api penumpang dan kargo tertumpu di laluan Kuala Lumpur sebagai laluan utama bagi dihubungkan ke arah Pelabuhan Klang dan selatan tanah air yang menyebabkan laluan antara Kuala Lumpur Sentral dan Putra menjadi lalu lintas paling sibuk di rangkaian kereta api KTMB. 

“Lebih-lebih lagi permintaan terhadap perkhidmatan rel penumpang dalam bandar di Lembah Klang dewasa ini kian meningkat. Dengan pertambahan ketara bilangan perkhidmatan ETS dan KTM Komuter, isu kesesakan ‘bottleneck perkhidmatan rel KTMB di sekitar Kuala Lumpur terus meruncing. 

“Slot laluan perkhidmatan KTM Kargo menjadi terhad di luar waktu puncak pagi dan petang sahaja. Masalah bottleneck ini menjadikan KTM Kargo kurang berdaya saing berbanding mod pengangkutan jalan raya disebabkan fleksibiliti pergerakan kargo terhad dan masa perjalanan yang panjang. 

“Malahan, permintaan kargo yang tinggi di Utara Semenanjung terutamanya muatan kontena tidak dapat dioptimakan untuk diangkut dengan pengangkutan rel ke Pelabuhan Klang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, KTMB berkata langkah kerajaan meneruskan pembinaan projek Pintasan Serendah berikutan ianya merupakan penyelesaian alternatif strategik kepada isu bottleneck laluan kereta api Kuala Lumpur.

KTMB menyatakan taraf keselamatan orang awam terutamanya di KL Sentral juga dapat ditingkatkan apabila tiada lagi pergerakan kereta api kargo yang membawa komoditi bahan-bahan berbahaya melalui kawasan sekitar Kuala Lumpur.

“Sudah tentunya projek Pintasan Serendah dapat memberi manfaat besar kepada peningkatan kecekapan pengendalian perkhidmatan KTM Kargo di samping merupakan salah satu projek kereta api berimpak tinggi dan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Penyediaan pengangkutan rel kargo yang lancar, selamat dan kos-efektif ke Pelabuhan Klang dengan slot perjalanan yang fleksibel dan masa pergerakan yang singkat sangat menepati kehendak pelanggan dalam mengurangkan kos pengendalian logistik.

“Tambahan lagi, peningkatan kapasiti kemudahan rel ke Pelabuhan Klang ini akan dapat mengukuhkan rantaian bekalan logistik kepada pembangunan indusri-industri baharu di Utara Semenanjung Malaysia di bawah seliaan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Di samping itu, KTMB berkata ia akan menggalakkan peralihan pengangkutan kargo dari jalan raya ke rel selaras dengan aspirasi kerajaan di bawah Dasar Pengangkutan Negara dan KTMB menyasarkan Pintasan Serendah akan mengendalikan sebanyak 500,000 TEUs kargo setahun. 

KTMB memberitahu, jumlah kargo ini dijangka terus bertambah selari dengan peningkatan keyakinan pelanggan untuk beralih menggunakan perkhidmatan KTM Kargo manakala perkhidmatan ETS dan KTM Komuter di Lembah Klang akan mempunyai lebihan kapasiti susulan peralihan pengangkutan rel kargo menggunakan Pintasan Serendah. 

“Dengan itu, KTMB berupaya untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan ETS dan KTM Komuter sesuai dengan permintaan penumpang pada masa hadapan. Contohnya, kekerapan perkhidmatan KTM Komuter pada waktu puncak kini adalah setiap 15 minit. 

“Ia boleh dipendekkan kepada setiap 7.5 minit selepas siapnya Projek Pintasan Serendah dan Kerja-Kerja Menaik taraf Landasan di Lembah Klang menjelang tahun 2030,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.