nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 13 kampung Mukim Pelagat, dua rumah panjang di Mukah

18 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di 13 kampung dan satu lokaliti di Mukim Pelagat, Besut, Terengganu selama 14 hari, bermula lusa.

Kampung itu adalah Kampung Alor Selinsing, Kampung Bukit Yong, Kampung Tok Motong, Kampung Lak Lok Dalam, Kampung Lak Lok, Kampung Padang Landak dan Kampung Padang Luas.

Selain itu, Kampung Padang Luas Hilir, Kampung Padang Tapong, Kampung Paroh, Kampung Kubang Siam, Kampung Seberang Jerteh dan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Seberang Jerteh, manakala lokaliti terbabit adalah RAKR Pelagat 1, 2 dan 3.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan itu dikenakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes amat ketara dengan kadar positiviti tinggi, selain kebolehjangkitan sangat tinggi di lokaliti berkenaan.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 199 kes positif COVID-19 direkodkan di semua lokaliti berkenaan daripada 1,092 ujian saringan dijalankan KKM.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Mukim Pelagat, Besut, Terengganu berkuat kuasa 20 Mei sehingga 2 Jun 2021.

“PKPD ini bertujuan mengehadkan pergerakan penduduk dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, malah memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran dalam kalangan penduduk di Mukim Pelagat, Besut,” katanya menerusi kenyataan berhubung PKP dan PKP Bersyarat (PKPB), hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dikenakan di Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bakerkong, Bakerkong, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak selama dua minggu, bermula lusa.

“Arahan PKPD ini dikenakan selepas sebanyak lima kes positif direkodkan KKM dalam tempoh empat hari ujian saringan bergejala dan kontak rapat kes positif.

“Selepas  membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Rumah Panjang Wun Ak Ering dan SK Bakerkong, Bakerkong, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak bermula dari 20 Mei sehingga 2 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk terbabit dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 514 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 503 individu dikompaun, manakala 11 direman. 

“Kesalahan paling tinggi direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka, iaitu sebanyak 147, diikuti gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (127).

“Tiada penjarakan fizikal pula merekodkan  62 individu, manakala membawa penumpang berlebihan (13) dan lain-lain (165),” katanya.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.