nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Selangor gagal tangani peningkatan kes COVID-19

19 MEI : Ketua BERSATU Bahagian Sungai Buloh, Mohd Rafiq Abdullah menyifatkan pimpinan kerajaan negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari gagal dalam  usaha menangani peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu.

Katanya, ini memandangkan kes jangkitan di Selangor semakin hari semakin bertambah dan menjadi penyumbang terbesar kenaikan kes COVID-19 di negara ini, namun pimpinan kerjaan negeri masih tidak tampil dengan solusi yang meyakinkan.

Lebih memalukan tegasnya, apabila bekas Menteri Kesihatan PH yang kononnya dicanangkan Pakatan Harapan untuk menggantikan Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini, ternyata gagal menangani isu ini di Selangor, di mana beliau dilihat hanya tahu membidas serta menyalahkan pihak lain sahaja.

“Bagaimana PH boleh mencadangkan nama beliau untuk menggantikan Menteri Kesihatan yang sedia ada, memandangkan untuk mengawal  sebuah negeri pun dia gagal, apatah lagi untuk menjaga dan mengawal sebuah negara?

“Apa yang beliau tahu buat ialah berpolitik tidak habis-habis dengan menyalah pihak sana, pihak sini untuk tutup kelemahan sendiri.

“Setakat ini, kita di Selangor tidak melihat sebarang tindakan proaktif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sepanjang pandemik ini yang dapat memberikan keyakinan kepada rakyat,” tegasnya ketika dihubungi PNBBC.

Mohd Rafiq berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung sidang media khas COVID-19 Selangor hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Selangor Task Force COVID-19 (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri perlu berhenti bermain politik dengan menyalahkan pihak lain, termasuk menyalahkan Kementerian Kesihatan (KKM)  semata-mata untuk menutup kegagalan mereka menangani jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negeri itu.

“Cukup-cukuplah main “blame game” . Jangan terbawa-bawa dengan sikap kerajaan PH yang hanya pandai bercakap dan menuding jari menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.

“Rakyat mahu tengok pelaksanaan, bukan retorik kata-kata sahaja. Rakyat mahu keputusan pantas. Jika mahu buat total lockdown, laksanakan. Jangan hanya bercakap, tapi tak buat apa. 

“Jika tak mahu total lockdown, tampil dengan solusi yang lebih baik. Jika tidak mampu beri solusi yang lebih baik,  Dr Dzulkefli atau Menteri Besar sendiri boleh letak jawatan dan beri laluan kepada mereka yang lebih berpengalaman,” katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis PimpinanTertinggi BERSATU berkata, isu-isu seperti ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap pimpinan kerajaan semakin hari semakin terhakis.

“Sebelum datangnya COVID-19,  rakyat Selangor dibelenggu  isu masalah air yang berulang-ulang ekoran kegagalan kerajaan menanganinya dan kini, menjadi negeri yang mempunyai kes jangkitan COVID-19 tertinggi di dalam negara.

“Kegagalan mereka menangani COVID-19, sehingga menjadikan Selangor negeri penyumbang tertinggi kes jangkitan baharu setiap hari di dalam negara, adalah satu lagi bukti nyata kelemahan pimpinan PH dalam mentadbir negeri” jelasnya.

KKM  baru-baru ini mencadangkan PKP penuh dilaksanakan di Selangor memandangkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat naik.

Cadangan yang sama turut diberikan oleh beberapa NGO termasuk Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang mahukan kerajaan negeri melaksanakan PKP penuh bagi membendung penularan COVID-19 di negeri itu.

CUEPACS hari ini melalui satu kenyataan turut menggesa PKP penuh seluruh negara dan bukan hanya di Selangor sahaja.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar hari ini turut menyatakan kesediaan negeri itu untuk menghadapi PKP penuh dengan peningkatan kes di negeri itu.

Bagaimanapun, Selangor yang menjadi penyumbang tertinggi kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini masih bertegas tidak mahu melaksanakan PKP penuh dengan alasan pengurusan COVID-19 di negeri itu masih di tahap terbaik.- Oleh WAN HAFIZ WAN HAMZAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.