nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi rakyat, negara lumpuh jika laksana PKP penuh-Muhyiddin 

23 MEI: Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh dijangka mampu mengekang penularan wabak COVID-19, namun jika dilaksanakan ia akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi sekaligus terhadap kehidupan rakyat di negara ini. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, beliau secara peribadi mahu PKP sepenuhnya dilaksanakan, namun kesan penutupan tersebut terhadap ekonomi begitu besar dan ini amat membimbangkan.

Menurut beliau, kerajaan memutuskan tidak laksana ‘total lockdown’ seperti PKP 1.0 ketika ini kerana akan jejas ekonomi  rakyat dan boleh menyebabkan lebih ramai yang hilang pekerjaan.

“Kalau tanya saya secara peribadi, saya kalau boleh mahu PKP penuh dilaksanakan. Ia mudah untuk erajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) menguruskan pandemik COVID-19 tetapi  kesan penutupan kepada ekonomi  begitu besar sekali. 

“Kita memang boleh buat PKP 1.0 tapi kesannya bagaimana..  ini  yang rakyat kena faham. Ada pihak kata suruh tutup semua namun ada pihak kata jangan, kerana kalau ditutup semuanya, negara akan alami masalah lebih besar dan kita bimbang ketidakupayaan kerajaan serta rakyat untuk memulihkan kehidupan sepertimana yang kita buat sekarang, “katanya 

Beliau berkata demikian dalam program icara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV, malam ini. 

Menurut Perdana Menteri, pertimbangan antara hidup dan kehidupan perlu diambil kira dalam memutuskan pelaksanaan PKP bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan.

“Memang kalau ikutkan saya, KKM kata memang itu yang terbaik Tan Sri…tapi kesan kepada negara, kalau rakyat tak bekerja, ekonomi dah runtuh dan kalau kita nak bangunkan semula (seperti PKP 1.0), saya (kerajaan) terpaksa belanja RM340 bilion dengan enam pakej rangsangan.

“Itu bukanlah jumlah yang sedikit, tak pernah berlaku dalam negara. Dua puluh peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita gunakan untuk menolong rakyat. Ini yang rakyat harus faham. Kalau buat begitu (tutup semua sektor ekonomi) kita akan hadapi masalah yang lebih besar, bimbang nanti negara tak boleh nak bangkit. 

“Negara bukan sahaja terjejas dari segi wang ringgit namun ramai rakyat kehilangan pekerjaan selain peniaga kecil turut terjejas teruk dan ini memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan wujud amalan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang pematuhan SOP Covid-19 di negara ini, Perdana Menteri menegaskan tiada amalan dua datjat atau ‘double standard’ dalam melaksanakan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Muhyiddin berkata, tiada pihak yang akan terlepas daripada undang-undang termasuk menteri atau orang kenamaan yang turut disebut sebagai golongan kayangan.

“Dari dasar kerjaan kita tidak double standard tak kira sesiapa menteri, Perdana Menteri ke, siapa langgar ada bukti mereka tidak akan terlepas dari undang-udang dan akan dikenakan hukuman kompaun dan sebagainya,” katanya. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk mematuhi SOP ditetapkan dalam mengekang penularan COVID-19 dan diseru untuk melakukan kawalan kendiri bagi mengelak daripada dikenakan hukuman.

“Ada dilihat denda yang dikenakan hukuman berbeza namun itu soal undang undang dan juga jumlah berbeza mengikut kepada kes. Saya tak nafikan seolah-olah berbeza-beza dari segi layanan mungkin kerana persepsi namun tiada perbezaan. Kalau dia langgar SOP, dia tahu dia bakal berdepan hukuman, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.