nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pesawat milik firma pertahanan Israel mendarat di Singapura

25 MEI: Pesawat milik firma pertahanan Israel, Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO, dikesan berlegar sekurang-kurangnya empat jam di ruang udara Singapura, sebelum mendarat di pangkalan udara tentera republik itu, semalam.

Keadaan terbabit dijangka berkemungkinan mengundang ketegangan antara Singapura dengan beberapa negara jiran di Asia Tenggara ketika sentimen anti-Israel kembali memuncak kini.

Menurut jurnal berita Defense Security Asia, pesawat itu dimiliki Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta), sebuah syarikat kontraktor utama Tel Aviv yang memiliki kepakaran dalam risikan, selain sistem elektronik bagi kegunaan keselamatan.

“Malah diandaikan pesawat ini membawa radar sensitif dan peralatan pengintipan.

“Mungin pesawat yang turut dikenali sebagai pesawat uji kaji ini sedang menguji suatu sistem baharu” menurut jurnal itu.

Jurnal itu turut melaporkan, pesawat terbabit digunakan bagi aktiviti dikenali sebagai membangunkan isyarat risikan pantauan maritim, gambaran risikan menggunakan radar bukaan sintetik dan penggera awal pesawat udara serta panduan penerbangan, selain pertahanan peluru berpandu untuk pesawat komersial.

Katanya, pemeriksaan terhadap jejak pesawat melalui Flightradar24, mengesahkan kehadiran pesawat itu di Lapangan Terbang Paya Lebar, sebuah bekas pangkalan tentera udara Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, kehadiran pesawat Israel terbabit di Singapura menarik perhatian ramai selepas seminggu Putrajaya berkata Malaysia memandang serius sebarang ancaman terhadap pegawai Hamas warga Palestin yang tinggal di negara ini dan beberapa laporan mengenai ancaman serangan Israel melalui ejennya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebelum ini dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan berkaitan sudah meningkatkan kawalan keselamatan daripada semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam serta keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara.

Singapura memiliki hubungan diplomatik dengan Israel selepas mengumumkan keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Republik itu juga membangunkan pasukan ketenteraannya dengan menggunakan model dari negara Yahudi itu.

Sokongan Singapura kepada Israel ditunjukkan ketika republik berkenaan enggan menyokong lantikan Palestin sebagai negara pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bersidang pada 2012.

Ketegangan turut terjadi sebelum ini mengenai hubungan rapat Singapura dengan Israel, termasuk pada tahun 1986, menyaksikan lawatan Presiden Israel, Chaim Herzog ke republik itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Malaysia dan Indonesia, iaitu dua buah negara yang menyokong kuat perjuangan rakyat Palestin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.