nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua warga Kuala Lumpur terima vaksin Oktober ini

25 MEI: Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan semua warga kota khususnya Kuala Lumpur akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Oktober tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu telah telah dipersetujui secara bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas beliau memohon agar vaksin diberi keutamaan kepada Kuala Lumpur kerana merupakan kawasan panas COVID-19.

Justeru, beliau mengharapkan agar warga Wilayah Persekutuan segera mendaftar menerusi MySejahtera untuk menerima vaksin itu bagi memastikan ia berjaya dicapai.

Pihak kementerian, juga katanya akan melakukan pelbagai tindakan menerusi Inisiatif Wilayah Cakna 5.O (IWC 5.0) dalam mempercepatkan dan penyampaian vaksin.

ANNUAR

“Di bawab IWC 5.0, kita mengenalkan kaedah truk vaksin bergerak yang setakat ini akan menyasarkan 60 hotspot yang telah dikenal pasti di taman-taman perumahan dan akan disusun mengikut zon tertentu dan mengikut syarat dan protokol-protokol yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ini merupakan salah satu inisiatif di bawah IWC 5.0 dan sebagai permulaan kita mempunyai tiga truk dan empat lagi masih dikemas kini bagi memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Tumpuan utama adalah warga emas dan kumpulan rentan tapi juga berdasarkan keperluan nanti akan juga dibuka kepada orang ramai namun mengikut ketetapan oleh KKM,dan MOSTI” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran IWC (5.0) menerusi laman Facebook miliknya hari ini di mana sebanyak tujuh insiatif ditawarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi IWC 5.0 yang sedikit sebanyak mampu memberi sedikit kelegaan kepada penduduk di Wilayah Persekutuan yang terjejas disebabkan kesan daripada pandemik COVID-19.

Annuar juga memaklumkan Inisiatif IWC 5.0 juga itu turut memberikan vaksin kepada gelandangan bermula 27 Mei ini dan seramai 119 gelandangan di bawah pemantauan KWP akan menerima suntikan tersebut secara percuma.

“Selain itu, malam kelmarin 132 lagi gelandangan telah diambil dan mereka kini melalui proses saringan ujian COVID-19 dan dijangka selepas selesai mereka dikuarantin dan saringan, mereka ini juga akan diberikan vaksin dan ini menjadikan semua gelandangan di bawah KWP akan diberikan vaksin sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu kementerian juga melaksanakan ujian saringan berskala besar dan bersasar secara percuma bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa bermula 1 Jun hadapan yang memberikan keutamaan kepada golongan rentan khsususnya warga emas.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh memaklumkan sebanyak 20,000 ujian akan dilaksanakan dan sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihaknya akan melakukan penambahan agar tindakan proaktif ini dapat mengawal wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, dalam memberi kemudahan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, KWP di bawah ICW 5.0 menyediakan kelas tambahan secara percuma di mana sebanyak 10 mata pelajaran ditawarkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Kuala Lumpur yang akan bermula Jun ini sehingga Oktober depan.

“Selain itu, Wilayah Bebas Berniaga’ di Kuala Lumpur yang akan tamat pada 31 Julai ini akan kita lanjutkan sehingga Disember 2021 dan bagi peniaga di bawah program ini boleh sambung lesen ini sehingga akhir tahun dan untuk mereka sambung lesen itu, sebarang bayaran tidak akan dikenakan.

“Sehingga kini kita ada 7,820 permohonan dan yang telah diluluskan lesennya setakat ini 4,491. Kita sedang lakukan proses untuk meluluskan lagi 3,000 permohonan ini dan mengharapkan agar peniaga dan penguat kuasa dapat berunding dengan sebaiknya antara satu sama lain bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,”katanya.

Sementara itu, Annuar juga mengumumkan beberapa tempat di Kuala Lumpur termasuk tapak popular di Tunku Abdul Rahman akan dijadikan kawasan anak-anak muda dan belia berniaga namun menegaskan hanya 30 peratus dari kapasiti tempat itu akan digunakan dan mereka yang berminat boleh memohon dengan DBKL.

“Bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di kawasan-kawasan hotspot khususnya pusat beli-belah, kita melancarkan “KL Watch” di mana penguatkuasaan akan menggunakan penguat kuasa sedia ada namun secara bekerjasama seperti bersama dengan persatuan penduduk atau penjaja mahupun pemilik pusat beli-belah.

“Ini bagi memastikan tahap pematuhan lebih tinggi di kawasan terhimpunnya pelanggan atau pengunjung dan DBKL serta badan-badan NGO lain diharap dapat bekerjasama untuk membolehkan pasukan ini dapat dikukuhkan lagi bagi menggalakkan orang ramai duduk di rumah dan kurangkan pergerakan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.