nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

26 kluster berpunca sambutan Aidilfitri bulan lalu

29 MEI: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sehingga kini terdapat 26 kluster Covid-19 di seluruh negara yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilftiri, bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhanya sebanyak 51 kluster membabitkan 6,468 kes Covid-19 dikesan CPRC sejak 7 Disember 2020 adalah membabitkan kegiatan rentas negeri dan daerah dibenarkan ketika itu.

Beliau berkata walaupun kegiatan rentas negeri dan daerah dilarang sejak 10 Mei 2021 namun keadaan pandemik Covid-19 kini semakin meruncing.

Katanya, kluster rentas negeri adalah termasuk yang berpunca dari kes indeks yang pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pulang menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri.

“Sejak 1 April 2021 sehingga 28 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20 kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes telah dilaporkan.

“Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan (8) kluster (40 peratus), Terengganu dengan tiga (3) kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua (2) kluster (10 peratus).

“Pada masa sama, negara juga menghadapi cabaran kluster komuniti terutamanya sub-kluster perayaan. Sejak 13 hingga 28 Mei 2021, sebanyak 26 kluster yang berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM.

“Untuk makluman, seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1 peratus. Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, dua (2) kematian telah dilaporkan sehingga kini dan satu (1) kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri tertinggi adalah Sabah tujuh kluster (26.9 peratus), Kelantan lima kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing dengan dua kluster (7.7 peratus).

Beliau berkata adalah dijangkakan jumlah kes dan bilangan kluster-kluster ini akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah.

“Meskipun Kerajaan telah menetapkan bahawa ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan tidak dibenarkan, namun masih ramai yang tidak endah larangan ini yang mengakibatkan tercetusnya kluster-kluster baru COVID-19 sehingga ada yang mengakibatkan kes maut,” katanya.

Berikutan itu KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat mengambil iktibar dan tidak mengulanginya bagi Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi.

“Begitu juga bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya berpanjangan sehingga satu (1) bulan. Masyarakat diingatkan bahawa larangan merentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa.

“Begitu juga larangan kunjung mengunjung bagi menyambut perayaan. Peningkatan sub-kluster perayaan hari raya perlu dijadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak terus bertambah,” ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, aktiviti merentas daerah, negeri, kunjung-mengunjung atau perhimpunan sewaktu perayaan tidak sepatutnya berlaku sama sekali dengan pelaksanaan total lockdown bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

“Sekarang adalah waktu untuk kita semua bertindak bersama-sama menurunkan jumlah kes dan kematian harian.

“Sayangilah diri dan keluarga kita, serta lindungilah warga tua di kampung atau rumah panjang dengan tidak membawa balik virus yang menyebabkan COVID-19, demi perayaan yang lebih bermakna pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.