nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pekerja Pembinaan wajib Swab Test – Fadillah

30 MEI: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan semua pekerja di tapak pembinaan sama ada warga tempatan mahupun asing wajib menjalani Ujian Pengesanan COVID-19 sebelum memulakan kerja.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bagi memastikan COVID-19 tidak merebak dari tapak pembinaan ke komuniti tempatan, kawalan pergerakan keluar dan masuk dari tapak pembinaan dan tempat tinggal pekerja (CLQ) perlu dihadkan.

Menurut beliau, kontraktor perlu menyediakan pengangkutan pulang dan balik pekerja yang dihadkan kepada pergerakan di antara penginapan atau CLQ dengan tapak pembinaan sahaja.

“Kontraktor juga perlu memastikan keperluan harian seperti keperluan makanan dan kebersihan diri pekerja tapak pembinaan disediakan untuk mengawal pergerakan keluar dan masuk pekerja bagi melindungi pekerja dan penduduk tempatan daripada jangkitan wabak COVID-19.

FADILLAH

“Bagi mengelakkan penyebaran virus dari satu tapak pembinaan ke lokasi yang lain, semua pekerja binaan tidak dibenarkan berpindah dari satu tapak pembinaan ke lokasi yang lain dalam tempoh PKP,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah memaklumkan kontraktor juga diingatkan untuk melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang diberi tanggungjawab memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tapak bina, selain daripada garis panduan keselamatan dan kesihatan yang lain. 

“Pegawai Penyelia Projek bertanggungjawab memastikan pematuhan SOP sepenuhnya semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan sepanjang tempoh PKP. Waktu beroperasi dan kehadiran pekerja yang dibenarkan seperti biasa namun kapasiti pekerja dihadkan kepada 60  peratus sahaja,” katanya. 

Justeru, beliau memaklumkan KKR menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi SOP pembinaan terkini bagi mengawal penularan pandemik COVID-19. 

Fadillah berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan SOP di tapak bina dan juga penempatan pekerja binaan.

“CIDB mempunyai kuasa untuk menutup tapak pembinaan dan juga mengenakan kompaun kepada tapak-tapak pembinaan yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan atau melakukan apa-apa kesalahan. 

“Mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). 

“CIDB juga mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mana-mana kontraktor yang didapati bersalah yang akan mengakibatkan pendaftaran mereka digantung atau dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal yang dibenarkan hanya kerja yang mana sekiranya tidak diteruskan boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada pekerja, orang awam atau persekitaran. 

Fadillah memaklumkan kesemua kontraktor yang terlibat dengan projek-projek yang dibenarkan perlu mendapatkan kelulusan baharu menerusi CIMS CIDB di laman web cims.cidb.gov.my untuk tempoh PKP bermula 1 Jun 2021. 

“Bagi syarikat perunding dan pembekal, permohonan kebenaran beroperasi perlu dibuat melalui kontrakor utama yang bertanggungjawab memasukkan maklumat semua syarikat perunding dan pembekal perkhidmatan yang berkaitan dengan projek berkenaan ke dalam sistem. 

“Kesemua kelulusan sebelum ini tidak boleh diguna pakai dalam tempoh ini. Surat kebenaran yang dijana melalui sistem tersebut hendaklah dipamerkan di premis/tapak bina dan boleh digunakan sebagai kelulusan untuk pergerakan oleh semua pihak yang terlibat dengan projek yang diluluskan tersebut,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.