nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KEPERTAMA gesa KPT lantik Naib Canselor UPM

8 JUN: Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA), menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), segera membuat lantikan baharu bagi jawatan Naib Canselor universiti awam (UA) itu yang kosong sejak Februari lalu, bagi memastikan kepentingan dan dasar institusi pendidikan itu diperkasakan mengikut perancangan disasarkan.

Presiden KEPERTAMA, Mohd Razali Singah, berkata kekosongan jawatan itu banyak menjejaskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan UPM kerana terdapat banyak kekangan serta kesulitan timbul untuk membuat keputusan kritikal, khususnya membabitkan kepentingan dan dasar universiti.

“Walaupun KPT melantik Timbalan Naib Canselor UPM bagi menjalankan fungsi Naib Canselor, beliau tidak boleh membuat keputusan-keputusan kritikal terbabit.

“Sehubungan itu, KEPERTAMA memohon komitmen tinggi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk menyelesaikan isu bagi jawatan ini dan segera melantik Naib Canselor UPM baharu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MOHD RAZALI

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd Nordin, semalam yang meminta KPT membuat lantikan baharu bagi jawatan Naib Canselor di lima UA kerana kerusi itu sudah kosong sejak awal tahun ini, bagi terus memacu hala tuju universiti ke arah kecemerlangan.

UA itu adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mohd Razali berkata, KEPERTAMA juga menaruh harapan tinggi agar pemilihan Naib Canselor UPM baharu itu terdiri daripada calon staf UPM yang berkaliber, berintegriti dan berwawasan.

“KPT dicadangkan melantik Naib Canselor UPM daripada salah seorang staf universiti ini yang dikenali majoriti warga kampus sebagai amat berkemampuan, mempunyai ciri-ciri sahsiah dan keperibadian baik serta memiliki visi untuk mampu membawa pentadbirannya ke hala tuju terbaik negara.

“Pada masa sama, KEPERTAMA berharap KPT mempertimbangkan calon UPM yang diketahui majoriti pihak dalaman universiti ini, mempunyai merit dan tidak hanya mendengar pandangan terpencil satu pihak,” katanya.

Beliau berkata, ketiadaan Naib Canselor dalam tempoh agak lama, mewujudkan suasana kurang kondusif di kampus dan membuka ruang kepada pelbagai pihak berkepentingan untuk menangguk di air yang keruh.

KPT, katanya, sedia maklum mengenai visi dan misi UPM serta tanggungjawab besar diamanahkannya kepada universiti ini, khususnya dalam konteks pemerkasaan sektor pertanian.

Jelasnya, UPM bukan sahaja perlu menjadi juara sektor pertanian dalam negara, malah berperanan untuk memberi sumbangan bermakna kepada segenap lapisan masyarakat dunia.

“Namun persoalannya adakah UPM mampu mencapai hala tuju dan menjayakan pelan strategi digariskan tanpa seorang Naib Canselor dalam tempoh menghampiri 5 bulan? 

“Sebagai sebuah kesatuan yang mewakili majoriti warga UPM, KEPERTAMA juga amat khuatir mengenai beberapa isu tertangguh dan dilihat kurang sempurna pelaksanaannya khususnya berkaitan dengan kebajikan ahli kami,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.