nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keyakinan pelabur dunia terhadap Malaysia masih tinggi

11 JUN: Pengesahan penarafan hutang Malaysia pada A3 oleh Moody’s Investors Service baru-baru ini menunjukkan kepercayaan kepada kecekapan pengurusan ekonomi negara ini semasa menghadapi krisis. 

Pakar Ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tindak balas dasar memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa kerajaan mempunyai ruang untuk bertindak dari segi dasar, sekali gus memberikan petunjuk bahawa pemulihan selanjutnya. 

Menurut beliau, penarafan daripada firma antarabangsa itu membuktikan keyakinan pelabur dan penganalisis antarabangsa masih lagi tinggi terhadap keupayaan Malaysia menangani kes seperti pandemik COVID-19. 

“Tindak balas dasar oleh kerajaan Malaysia yang kukuh membuatkan pelabur asing selesa untuk berada di negara ini, dengan kerajaan masih berupaya untuk mengawal dan mengekang COVID-19.

“Contoh yang boleh dilihat apabila kerajaan menerbitkan sukuk atau bon mendapat permintaan tinggi dan berlaku lebih langganan dari pelaburan asing. Inilah indikator yang Moody’s tengok. 

“Di mana dari segi keyakinan pelabur antarabangsa itu masih lagi tinggi khususnya melibatkan pelaburan jangka panjang,” katanya kepada wartawan PN BBC Portal ketika dihubungi, hari ini. 

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan laporan oleh Moody’s yang memberikan penarafan A3 kepada Malaysia, bukti ekonomi negara terus kekal dalam landasan pemulihan tepat dengan prospek yang stabil.

Beliau berkata laporan firma penarafan antarabangsa itu mengunjurkan prospek ekonomi negara yang stabil berlandaskan kepada beberapa faktor utama.

Tengku Zafrul memaklumkan laporan berkenaan adalah berdasarkan kepelbagaian, daya saing, skala ekonomi bersaiz sederhana yang besar, sumber semula jadi yang mencukupi serta prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh, malah Moody’s turut menjangkakan pandemik COVID-19 tidak akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Dalam pada itu, Ahmed Razman yang juga merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengharapkan agar lebih ramai akan divaksin dengan segera memandangkan lebih banyak vaksin akan tiba bermula Jun ini. 

“Jika lebih ramai yang divaksin segera kita akan menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi lebih positif. Jadi penting untuk lebih ramai dapat vaksin supaya imuniti kelompok dapat dicapai dan lebih banyak sektor akan dibenarkan beroperasi. 

“Julai dan Ogos perlu dipercepatkan proses vaksinasi agar membolehkan lebih banyak sektor dibuka namun kalau proses ini lambat bermakna banyak sektor akan lambat dibuka dan ini akan melambatkan pertumbuhan ekonomi negara kita,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.