nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadangan mewujudkan pusat pemulihan LGBT

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang berkelakuan melampau sehingga menganggu ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat, terutama di media sosial baharu. 

Keperluan pusat tahanan dan pemulihan khas ada rasionalnya berikutan tindakan LGBT yang bertindak melampau dengan menghasut dan mencabar pihak berkuasa serta kes terkini usahawan kosmetik transgender yang menayangkan payu dara secara langsung di platform media sosial baharu serta melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di bawah umur adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang menegur golongan LGBT yang melampau ini serta penguatkuasaan tegas termasuk menahan golongan LGBT yang dikenal pasti oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Masyarakat tidak boleh membiarkan kebiadaban golongan LGBT ini yang begitu terbuka dan berleluasa.

Sehubungan itu, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara secara bertegas mencadangkan keperluan mewujudkan satu pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT bagi merawat dan membimbing golongan itu ke arah kebaikan kerohanian kesejahteraan rakyat.

Saya percaya pihak PDRM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mempunyai modul dan program bagi mendekati golongan LGBT supaya mereka tidak berasa terpinggir.

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mengesyorkan pendidikan mengenai LGBT seharusnya dimulakan di peringkat sekolah supaya pelajar terdedah kepada gejala gaya hidup sedemikian, yang menjurus pada seks bebas, kerosakan institusi kekeluargaan serta masyarakat dan penyumbang kepada penularan jangkitan HIV. Guru kaunseling perlu memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai perkara itu dan bagaimana untuk mengelak atau menangani permasalahan terbabit.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh;
YB SENATOR DATUK RAZALI BIN IDRIS
Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara
Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia
Ahli Parlimen Dewan Negara
12 Jun 2021

Get real time updates directly on you device, subscribe now.