nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: KKM resah pesakit di ICU masih tinggi

16 JUN: Walaupun terdapat penurunan kes baharu harian bagi tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan mulai 1 Jun lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes-kes COVID-19 di unit rawatan kecemasan (ICU) masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hal ini berikutan kemunculan varian-varian baharu yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius (kategori 4 dan 5) dan merosot pada kadar yang lebih cepat.

Menurut beliau, keadaan ini menyebabkan lebih ramai pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas serta pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity).

“Penggunaan kapasiti ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.

PENGGUNAAN kapasiti melebihi 100 peratus membuatkan ada pesakit yang kritikal tidak dapat ditempatkan di ICU.

“Selain itu, penggunaan katil yang melebihi kapasiti ini juga disebabkan oleh keperluan tempoh pemulihan yang lama bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 yang serius. 

“Secara purata, tempoh rawatan di ICU bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan di ICU adalah di antara 19 hari ke 26 hari,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Justeru, Noor Hisham memaklumkan pelbagai inisiatif diambil namun usaha ini menjadi sia-sia jika orang ramai tidak mematuhi mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19. 

“Terus kekal mengurangkan aktiviti pergerakan di luar rumah kerana dibimbangi mungkin terkena jangkitan daripada varian baharu COVID-19 yang lebih mudah merebak dan mengakibatkan penyakit yang teruk. 

“Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 serta hadirlah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan,” katanya. 

Dalam pada itu, Noor Hisham mengesahkan Malaysia hari ini merekodkan kembali penurunan kes kematian COVID-19 di bawah dua angka iaitu 73 kes berbanding semalam yang merekodkan kes tiga angka iaitu 101 kes. 

Menurut beliau, jumlah itu melibatkan 62 rakyat tempatan dan 11 warga asing menjadikan jumlah kumulatif kematian berjumlah 4,142 atau 0.61 peratus daripada keseluruhan kes. 

“Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini dan daripada jumlah itu, 33 kes direkodkan di Selangor, dan masing-masing enam kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, dan Sarawak, empat kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, dan Johor, dua kes di Pahang, serta satu kes di Kelantan.

“Kes sembuh hari ini juga turut  mencatatkan peningkatan semula iaitu 7,240 kes berbanding semalam iaitu 6,831 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 600, 935 kes. 

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 924 orang termasuk dan 453 yang memerlukan bantuan pernafasan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 67,949 atau bersamaan 10.10 peratus,” katanya. 

Sementara itu Noor Hisham berkata, sebanyak 19 kluster baharu dikesan hari ini dan 10 daripadanya berkaitan kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan empat merupakan kluster kumpulan berisiko tinggi. 

Tambah beliau, jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 2, 532 dan sebanyak 1,744 kluster telah ditamatkan di samping hanya 778 kluster yang masih aktif. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.