nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PIKAS sasar 2.25 juta pekerja sektor pembuatan divaksinasi

16 JUN: Syarikat perkilangan Texas Instruments menjadi kilang pertama yang terlibat dalam Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk pemberian vaksin bagi sektor perkilangan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi program itu 300 daripada  2,371 pekerja kilang terbabit akan menerima suntikan hari ini.

“Di Texas Instruments 2,371 pekerja yang akan diberi suntikan di mana 300 pekerja akan diberi suntikan pada hari ini, namun melihatkan kemudahan yang mampu disediakan di Texas Instruments kadar suntikan boleh dibuat 600 sehari tertakluk kepada bekalan vaksin,”katanya  semasa sidang media selepas majlis pelancaran PIKAS di Texas Instruments oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini.

Mengulas lanjut Azmin berkata, program pemberian vaksin di lapangan kawasan perkilangan menerusi PIKAS itu akan  diteruskan di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang  esok, melibatkan kira-kira 16,402 pekerja dari 21 kilang.

Sementara pada  Jumaat program itu akan diteruskan membabitkan  5,123 pekerja Petronas di Pengerang, Johor.

Azmin berkata, menerusi fasa satu PIKAS 150,000  dos vaksin diperuntukkan dengan mengutamakan kepada sub-sektor pembuatan kritikal.

Menerusi PIKAS dua pendekatan yang akan digunakan, pertama  suntikan akan dibuat di kawasan perkilangan yang mempunyai lebih 1,000 pekerja, kedua syarikat yang mempunyai jumlah pekerja kurang daripada 1,000 suntikan akan dibuat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Katanya, MITI telah mewujudkan
enam PPV di bawah PIKAS untuk syarikat yang mempunyai kurang dari 1,000 pekerja.

“Menteri KKM dan  Mosti memaklumkan kita akan menerima lebih banyak bekalan vaksin pada bulan Julai, dan kita pasti akan menyediakan kemudahan yang lebih baik bersama dengan lebih banyak PPV dalam beberapa bulan  akan datang,”katanya sambil memaklumkan suntikan vaksin itu diberi percuma kepada pekerja.

Katanya, sehingga kini sebanyak 500 syarikat dengan 106,000 pekerja telah memohon untuk menyertai PIKAS.

Azmin turut memaklumkan MITI
menyasarkan semua pekerja sektor pembuatan seramai 2.25 juta dapat diberikan suntikan vaskin Covid-19 secara berfasa.

Ia bagi mencapai sasaran imuniti kelompok  di negara ini sekaligus membolehkan sektor industri akan dapat  dibuka lebih banyak selepas pekerja divaksin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.